30 January 2013
Kali pertama belajar kereta dekat IDI
Assalammualaikum.
Minggu lepas aku dah dapat lesen L. Agency tempat yang aku daftar tu pun susunlah jadual belajar kereta untuk aku. Entah dekat mana silapnya aku faham yang aku ingatkan dia kata jadual yang dia susun tu aku kena pergi dengan dia kalau aku tadak tranport untuk ke IDI. Lepas tu minggu ni aku mula belajarlah. Aku tengok jadual kena pergi pukul 3 petang. Aku pun bersiaplah then mak aku hantar pergi tempat agency tu. Masuk dalam tu cakap nak belajar memandu. Kerani tu buat muka heran ==' Aku pun heran =='. Dia cakap betul ke ada. Aku pun keluarkanlah jadual yang dia susun dekat aku tu.
Lepas tunjuk dekat dia, dia cakap jadual yang dia susun tu aku kena pergi sendiri O.O Aku silap dengarlah hari tu. Dah tu tak ada sapa nak hantar aku pergi IDI. Dia call pekerja dia. Cakap sikit lepas tu dia kata ada nanti pekerja dia datang ambil aku. 30 minit jugaklah aku tunggu. Hehh.
Lepas dah sampai sana tak kena nasib baik tak kena tunggu lama. Pastu cikgu pun ajarlah aku atas jalan raya. First timelah aku drive dengan cikgu atas jalan raya. Alhamdulilah masa aku drive tu enjin langsung tak mati. Hihi. Cikgu cakap aku bagus sebab even first time aku drive dengan dia, dia kata tak penat ajar aku. Btw, dia kata kalau yang baru belajar ni susah sikit. Tapi ajar aku mudah. Lol. Nak tahu kenapa mudah? Sebab sebelum ni mak dengan ayah aku dah ajar aku drive kereta dah. Cuma aku belum cekap.
Lepas tu belajar yang naik bukit, tiga penjuru dengan parking. Semuanya okay cuma yang dekat bukit saja. Fuhhh. Masa praktikal hari tu dia tak ajar pun naik bukit. Dia ajar parking dengan tiga penjuru saja. Bila first time aku nak buat dekat bukit tu kereta asyik nak mati lepas tu nak kebelakang. Dekat bahagian bukit yang paling lama aku belajar tadi. Ulang banyak kali. Tapi okaylah bila dah banyak kali tu lastly boleh buat jugak tanpa ada kesalahan.
3 petang aku pergi dalam 5.30 petang baru balik. Hangatlah jugak weh. Boleh burn muka aku kalau hari-hari macam ni. Lepas dah habis belajar aku pergi kantin. Sunggun dahaga. Lepas tunggu dalam 15 minit baru balik. Lepas balik rumah tu aku makan. Lepas makan makan mak aku ajak keluar. Dah habis solat asar apa semua keluarlah. Pergi repair basikal adik aku. Dua pulak tu. Then terus pergi makan. Makan lagi. Hehe. Motorsikal aku tak sambung lagi. Bila nak pergi pun entah tapi minggu ni aku kena pergi jugak. Okayy. See u later :)
29 January 2013
Berkelah dekat Lata Bayu
Assalammualaikum.
Pagi kemarin aku ingatkan boleh test kereta dekat IDI tu waktu pagi. Tak tengok jadual lepas tu terus pergi dengan ayah aku. Bila pergi sana aku tengok tempat tu kenapa sunyi saja. Aku masuk dalam pejabat pastu tanya. Kerani tu kata petang baru ada. Hehhh. Nasib baik aku suruh ayah aku tunggu dulu.
Tengahari pulak pergi berkelah dekat Lata Bayu. Sungguh seronok. Sebab belajar berenang lagi. Masa aku pergi tu dalam pukul 3 petang. Orang pun tak ramai time. Selalunya bila pergi berkelah aku jarang sangat nak mandi sebab tak selesa. Tahun lepas hari lahir aku pergi kolam air panas. Tahun ni pergi berkelah dekat air terjun. Sayang sebab tak sempat nak ambil gambar sebab camera dalam kereta. Aku malas nak pergi ambil. Lol.
Masa aku dah nak siap mandi tu tertengok sorang perempuan. Eh, macam kenal. Aku jadi macam ingat-ingat lupa. Bila tengok lama lagi baru aku teringat. Perempuan tu sekolah sekali dengan aku. Haha. Tapi aku taklah rapat sangat dia. Kelas pun tak sama. Tapi umur samalah. Dia senyum dekat aku sah memang aku kenal dia, dia kenal aku cuma tak rapat. Dia tegur aku. Aku pun sengih saja la. Haha. Kali kedua tersempak dia aku tegur dia pulak. Sampai sekarang aku tahu nama dia tapi aku lupa. Hehhhh. Tak boleh ingat langsung.
Okay. See u later.
28 January 2013
Blog baru dan kenapa adanya blog baru
Assalammualaikum.
Akhirnya terjadi jugaklah blog ni. Setelah 2 hari edit. Padahal aku bukan edit sangat pun. Saja buat lambat. Hehe. Blog ni aku guna simple template saja pun. Sebelum guna template ni aku guna blogskin. Tapi sekejap saja guna so aku tukar balik guna simple template ni sebab aku memang tak minat nak guna blogskin. Kali ni tema gelap tapi tak gelap gelita, ada jugak lampu. Hihi. Aku jarang jumpak blog warna gelap. So, aku deside nak pilih warna gelap. Stars background. Aku suka tengok stars. Wallpaper lappy yang aku guna pun aku letak stars. Tapi kalau dah jemu blog gelap ni aku maybe tukar.
Aku ni 50/50 ni buat blog baru ni tahu tak. Sometimes aku nak blogging dekat blog ini aku rasa segan. Lol. Lepas tu banyak dengan tutorial lah, freebies lah, tips lah, giveaway lah, segmen lah *ehh, banyaknya lah*. Bercampur aduk. So, aku buat blog baru. Bila blogging dekat blog ni aku tak rasa sesak. Lol. Aku tak tahulah korang faham ke tak apa yang aku nak sampaikan tapi susah nak keluarkan. Cehh ayat! Haha.
Blog ni aku kategorikan sebagai personal blog. Emm, apa yang aku rasa nak cerita aku akan blogging dalam blog ni. Kalau cerita yang aku rasa best maybe aku update dalam blog in. Dalam blog ni untuk cerita biasa saja. Hehe. Blog ni aku tak akan campurkan dengan tutorial apa semua tu. Cuma untuk nak luahkan perasaan. Hahaha. Aku juga akan guna 'aku' dalam blog ini. Bunyi macam kasar ke? Sorry. Hihi.
Url blog smilealldaway.blogspot.com sungguh aku mengambil masa yang lama untuk cari url blog. Nak letak nama tapi rasa macam emmmmmmmm. Heheh. Nak letak url ada number rasa macam huhhhhhhh. Hehe. Tapi kalau aku rasa jemu maybe aku akan tukar. Lol. Suka hati sajakan. Haha.
Maka lahirlah blog baru ni sempena lahir lahir aku yang ke 18 tahun. Yang nak follow tu boleh saja. Tak nak pun tak apa :'D Okayyy.