About

Dashboard Follow Homeland

30 March 2013

Masak mee goreng

Assalammualaikum.
Tadi aku duduk rumah dengan adik aku saja. Tu pun adik aku tu kejap dia keluar kejap dia balik. Ibu ayah dengan adik-adik aku yang lain pegi Kulim, Kedah. Dyorang pegi servis kereta. Aku dah pernah pagi tempat servis kereta Toyota tu. Tunggu lama sementara nak siap sevis ==' Tapi nasib baik dia punya tempat terbaik. Hehe. Lepas dyorang pegi servis kereta dyorang pegi terus Sungai Petani. Repair apa yang patut dekat rumah sana. Sejak cuti sekolah seminggu ni ibu dengan ayah aku rajin betul ulang-alik ke sana. Ada dua tiga hari lepas aku tidur sana. Rumah tu rumah taman.

Okeh, petang tadi aku rasa lapar. Aku masak mee goreng. Aku guna resepi mee goreng yang ibu aku selalu ajar. Bahan semua ada aku pun masak sajalah. 100% air tangan aku sendiri tanpa bantuan ibu aku. Memang aku puas hatilah. Hehe. Percubaan yang baik. Dan aku rasa mee goreng kali ni memang paling sedap dari sebelum ni. Haha. Aku buat sikit saja. Tak banyak sangatlah. Sebab kami dua saja duduk rumah. Ibu ayah dengan adik-adik aku yang lain malam baru balik. So aku buat untuk dua orang makan. Adik aku balik rumah dia makan. Sampai habis. Hehe.

Tadaa!! Ni hasilnya. Hikhik.
Cara nak masak mee goreng ni bukan susah mana aku rasa. Bila dah tawu buat bolehlah perbaiki mana yang kurang. Tapi kena cuba banyak kalilah. Selalu aku letak daging tapi kali ni aku letak ayam, ada telur pastu tauge. Tauge sampai tak nampak rupa tauge dah pun. Hehe. Sebelum ni aku dah pernah buat. Tapi rasa tak sedap mana. Aku nak makan aku sendiri tak lalu. Haha. Tapi kali nih, aku makan rasa sedap. Puji diri sendiri pulak. Lol. Btw aku suka mee goreng yang macam ni. Mee goreng yang basah sikit. Bila aku dah ada keyakinan bolehlah aku buat untuk makan satu family. Lepas nih nak cuba masak bihun goreng pulak.

Okay, see u later :)

Kad pengenalan baru


Assalammualaikum.
Baru-baru ni aku pegi pejabat Jabatan Pendaftaran Negara dekat Bandar Perda. Aku pegi dengan kawan aku saja. Mak aku kata aku dah besar. Haha. Sampai dalam tu ambik number giliran. Tak boleh nak duduk sebab penuh. Biasalah tempat macam tu. Duk sekejap tu kawan aku nampak dua orang lagi kawan. Pegi dekat dyorang. Nasib baik lepas sekejap tu ada tempat kosang. Kalau tak berhimpit dengan kawan-kawan aku. Hehe. Duduk senerai kami, empat orang.

Gelak sana sini. Haha. Lepas tu sampai giliran dyorang. Sekejap saja dyorang pegi dekat kaunter tu. Kawan aku pun datang sebab nak buat ic baru. Tapi kerani tu cakap kena genap 18 tahun ke atas baru boleh untuk buat ic baru. Pastu suruh dyorang tunggu aku sebab aku cadang nak pegi Jusco. Alang-alang dah sampai situ. Pegi sajalah.

Aku nak buat ic baru. Cukup umur 18 tahun kena tukar ic. Nak kata wajib ke tak tu aku tak pasti. Tapi bila korang nak buat passport kena guna ic baru untuk 18 tahun ke atas. Bulan lepas aku ada pegi imegresen. Nak buat passport. Dia kata kena guna ic baru. Tempoh nak buat ic tu dalam sebulan. Dalam proses nak buat ic baru tu dapat ic sementara kalau ada urusan. Kalau tak ada urusan rasanya dia tak bagi kut. So bolehlah buat passport dalam tempoh sebulan tu guna ic sementara.

Selesai urusan aku kami pegi Jusco. Makan sekejap pastu mak aku call suruh beli cd game dekat adik aku. Pastu pegi Pacific Megamall pulak. Hehe. Lepas selesai beli baliklah. Masa nak balik jalan punyalah sesak. Naik motor pun sesak. Hehe. Balik rumah tu memang letih sangat. Btw, pagi tu aku pegi sekolah. Tengok latihan kawad lepas tu jumpak counselor sekolah. Balik pun tengahari. Keluar pulak pukul 2 petang. Balik 6 petang. Malam tu aku tidur awal. Hehe.

Hhmm. Lagi sebulan kena pegi balik untuk ambik ic baru.

Okay, see u later :)

18 March 2013

3D Puzzle - Eiffel Tower


Assalammualaikum.
Minggu lepas aku pegi kedai mainan dengan mak aku. Nak beli mainan dekat adik-adik aku. Aku ikut mak aku pegi kedai tu. Masuk kedai tu penuh dengan barang mainan. Tapi mainan yang biasa-biasa saja. Tak adalah jual mainan yang sampai harga beratus hengget tu. Cenderahati pun ada. Rambang mata aku bila tengok. Hihi. Pastu mak aku belek mainan untuk adik-adik aku. Aku pun belek lah jugak. Jumpak puzzle. Banyak bentuk. Aku berkenan nak main puzzle ni. Haha. Bodek mak aku suruh beli. Hehehe.

Harga aku tak tawulah berapa. Sebab mak aku kenal dengan tauke kedai mainan tu dia bagi discount. Ahaha. Fyi, kedai yang aku pegi ni kedai mainan borong. Sebab tu sama boleh dapat murah.

Bahagian yang aku rasa susah number 2 dengan 3 tu. Lama betul aku buat bahagian tu. Silap sikit je yang atas mesti tak menjadi punyalah. Nasib baik jugaklah contoh yang dia suruh follow tu senang. Taklah serabut kepala aku ni.

Nak mudahkan cara untuk buat Eifeel Tower ni kan dia siap bagi number lagi.

Selepas sejam aku buat, baru dapat hasilkan yang bahagian ni. Haha. Punya lama. Tu pun ada silap. Rasanya korang tak perasan kalau tengok pun. Hehehe.

Okay, siap. Nak dekat dua jam aku buat. Err, lama ke tu? Haha.

Tinggi 39cm. Lebar 16cm. Tengok je pembaris korang bila tak dapat bayangkan tinggi dengan lebar dalam gambar ni.

Ni bila tengok dari atas.

Hmm. Lenguh jugak buat benda ni. Perlukan kesabaran dan kena buat dengan teliti. Kalau tak, boleh runtuh tower tu. Haha. Lepas dah siap nak buat apa? Aku letak dalam bilik aku je. Sebab aku suka simpan benda-benda yang nampak kreatif. Hikhik. Aku pun teringin nak tengok yang real punya. Bilalah boleh pegi Paris ni hahhh.  Heheh.

Okay, see u later.

17 March 2013

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh


Assalammualaikum.
Hari Ahad lepas kan, aku pegi Ipoh. Aku, family aku dengan mak saudara aku dan anak dia (sepupu) dari Siam. Pegi makan dekat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Fyi ye, restoran ni famous dekat Ipoh. Tanya je orang-orang Ipoh. Mesti tawulah. Hehe. Btw, ni kali pertama aku nak pegi makan dekat situ.

Mula-mula sampai kan, senang saja jumpak. Pegi awal sangat dia tak bukak lagi. Dia baru nak susun apa semua. Masuk tu singgah solat dulu sebab dekat situ ada tempat solat. Lepas tu kami ronda Ipoh sekejap sementara restoran tu nak bukak. Lepas tu nak pegi balik restoren tu sesat wehh -,- Pusing merata. Jalan dia sehala. Jenuh betul cari. Nasib baik ada pakcik ni. Dia tunjuk kan jalan. So, follow je dia.

Tingkat dua. Ni rasanya untuk tempahan je sesuai. 
Lepas masuk tu, order lah. Ingatkan bila nak makan restoren macam tu nak kena tunggu lama. Tapi sekejap saja. Bagus betul. Haha. Pekerja dia ramai wooo. Tapi rasanya semua dari Selatan Thai. Aku tak tawulah hujung pangkal apa semua macam mana mak saudara aku tu boleh kenal rapat dengan tauke ke pembantu restoren tu. Restoran tu aku ingatkan jual nasi lemak saja. Rupa-rupanya menu dia punyalah banyak. Luas betul restoran tu.


Sebab kenal, kami makan dia bagi murah. Huahua! Bayar dalam RM 30 kalau tak silap aku. Untunglah pegi dengan mak saudara aku ni. Dapat discount. Haha. Haaa, nak pegi? Tengok alamat dalam resit atas ni.

Okay. See u later :'D

Note : Web nak download movie kena tutup pulak dah. Hadoiii!

14 March 2013

Buat kek #2


Assalammualaikum.
*Fuhhhh* Tiup blog yang nak berdebu sebab lama aku tak kemaskini. Err. Ni aku nak bagitawu ni, sedih sikit. Sikit sajalah. Lappy aku kena format weh. Sebab tu aku tak update. Online pun kejap-kejap saja guna komputer. Harga kena format? Cuba teka. Hihi. Aku kena bayar 40 hengget untuk lappy tu saja. Ayah aku cakap selalunya dalam RM30 saja pun. Hmm. Tapi oklah jugak sebab aku berpuas hati. Dia letak software. Macam-macam pulak tu. Siap ada antivirus. Dua tahun lepas kena format jugak. Tapi tak letak apa langsung. Tapi RM20 jelah.

Bila on saja terus rasa macam -______-  Mula-mula aku godek dekat file, document apa semua. Heeelang habis mood aku bila tengok tak ada pun dia simpan. Esok tu kan, aku cari lagi. Rupa-rupanya dia simpan. Entah macam mana aku tengok kemarin tak ada pun. Hehe. Tapi yang texture dengan background yang aku download dari internet dia tak simpan.  habis background, texture yang aku suka. Nasib baik drama korea, movie dengan gambar kenangan dia simpan.

Neh, aku nak cerita macam mana boleh sampai kena format. Tengahari tu aku dia syiokkknya download laaah drama korea. Mula-mula okay saja. Bila nak download episode 2 dia jadi hang. Sampaikan nak shut down pun tak boleh. Huhhh! Bila aku on balik nak guna Google Chrome tak boleh, nak bukak My Computer pun tak boleh pun tak boleh. So hantar kedailah. Aku nak jugak tawu apesal boleh jadi macam tu. Tapi tak sempat nak tanya. Hmm hmmm hmm. Cuba klik sini untuk tengok penyebab laptop 'hang'. Aku tak tawu mana satu punca 'hang' haritu.

Ehem. Tajuk entri nih pasal cerita buat kek. Tapi terasa nak cerita lappy kena format. Hihi. Harituuukan aku dengan mak aku buat kek. Kek coklat kukus. Alaaah, yang biasa korang tengok dekat mana-mana kedai tu. Nak buat senang saja pun. Tapi kalau tak tawu buat tak menjadi jugak kan. Sebelum ni mak aku dah pernah buat. Kali ni mak aku buat letak ising.



Macam nilah jadinya bila tambah ising. Buat banyak layer. Tapikan, aku lebih suka makan yang tak ada ising. Hehe.

Okay. See u later. Hihi :)

05 March 2013

Jom cuba makan ni #2

Assalammualaikum.
Tudia, cabai merah menyalai aih. Bila korang rasa makan ni korang akan rasa kenyal. Tapi kalau dah liat sangat tu tak sedap. Kenalah pandai cari kalau nak yang kenyal. Hihi. Dalam tu ada kacang tumbuk. Orang cakap makan kacang naik jerawat. Tak tawulah fakta tu betul ke tak. Tapi aku makan jugak. Hehe. Hidangan ni boleh dikatogorikan sebagai pencuci mulut. Sedap tu sedap jugak bagi aku berbanding dengan pencuci mulut yang aku entri ini.