About

Dashboard Follow Homeland

13 April 2018

Trip to Hanoi

Assalammualaikum.
So entry kali ni aku nak cerita pasal trip ke Hanoi. Actually ni lawatan akademik okay. Memang kena pergi. Paperwork apa semua dah prepare awal tahun haritu lagi. Anggaran yang kena bayar RM1700 including flight ticket, luggage (20kg return), meal, hotel, transportation, tour guide dengan ticket masuk apa semua. So kitaorang just bawak duit untuk shooping jer dekat sana. Lebih kurang pukul 12 tengah malam kitaorang kena gerak ke KLIA2 sebab bas UiTM tak boleh keluar lewat lewat. Fyi, flight pukul 6am weh. Aduyaiii. Mereput jugaklah tunggu dekat KLIA2 tu. Aku siap pekena mekdi lagi. Pukul 3 ke 4 pagi entah dekat airport. Lepas tu sampai sana around 8 - 9 am.. If I'm not mistaken our journey take three hour Kuala Lumpur to Hanoi. Sampai je sana luggage ada yang pecah.. so mintak claim la. Lama jugaklah tunggu. Lepas tu gerak naik bas. Masa nak ke parking bas tu kan.. aku jalan lah.. Pastu tetiba rasa kena sejuk lain macam. Then tengok pintu airport terbuka.. So aku fikir maybe aircond dia kuat sangat lah kut sampai dekat luar dapat rasa sejuk tu. Haha.

Sampai je dekat parking kan.. ni bukan sejuk aircond. ni sejuk cuaca dekat Hanoi. Lol. Excited sangat weh. Haha. First time katakan.. time aku pegi tu memang suhu dia sejuk. So nice.. Seriuosly. I love it. So, let's go through the picture below... 

Picture ni diambil masa matahari dah naik. Waktu pagi.

Fyi, driver dyorang sebelah kiri. 

Ni sahun ke bihun entah. Orang tempatan buat sendiri.

Dengar je apa dyorang nyanyi, tapi tak paham pun. 

Cara buat pebendaaa entah. Tapi tu bab*. So tak dapat makan T_T. Tapi dia macam pulut lah.
Just tambah isi bab* tu kat dalam. Boleh buat sendiri dekat rumah. Letaklah ayam ke daging. 

Mostly dyorang still lagi maintain bangunan yang lama lama dekat area tu.

Ni bukan tempat berhantu k. Haha. 

Dekat Hanoi dyorang banyak pakai moto/scuter dari kereta. Gila banyak. Musim sejuk..
so memang kena pakai baju tebal sikitlah. Boleh jadi 18 celcius bila malam. 

Asyik pegi temple je -,-

Ni pintu gerbang ke ape tah. dekat belakang kosong je. Haha.
Tapi belakang tu jalan untuk ke temple atas bukit. 

Day 2. Lawat private university dekat Hanoi. Kita orang siap kena perform dikir barat lagi. 

Then, lepas makan sambung dengar talk pulak.

Template lagi. Haha. Tengok tu.. bunga fresh je dekat sana. 

Pintu depan dia. 

Malam pulak tengok puppet show. Area tu gila ramai tourist sebab dekat sini la tempat shopping.
 Murah murah pulak tu. 

Day 3. Ha Long Bay. 

Singgah tengok OKU buat kraftangan. Cantik cantik weh.

Yeayyy, sampai Ha Long Bay. Makan atas bot pastu masuk gua. 

Day 4. Pegi muzium.

Ada nampak basikal?

Last destination, tengok local buat kain sutera. Traditional k. Takdanya mesin canggih.

<3

Short Video



Okay bye ^_^

11 April 2018

My Favourite KDrama


Cheese In the Trap

Untuk student sekolah rendah dengan sekolah menengah nak tahu student life dekat universiti atau kolej, aku suggest tengok drama Cheese In The Trap. Boleh dikatakan 70% drama tu tunjuk student life yang betul. Bila aku tengok drama tu rasa macam realiti time aku study dekat u. Ada scene nak register subject, class by using system. Kena masuk lecturing class, group assignment . Masa group discussion ada tunjuk ahli yang pemalas nak buat assignmnt.Untuk Presentation ada yang tak dapat present, lepas tu test, submit assigmnt etc. 

Dalam drama tu jugak tunjuk scene dekat cafe. Library. Memang rasa realiti student life lah kalau tengok drama ni. Dengan kawan2 lagi. Crush lagi. Haha. Yang aku rasa tak sama tu pasal scholarship yang Seol dapat. Maybe tak sama macam Malaysia. Usually student akan ambik PTPTN. Yang biasiswa pun rasa all semester akan ditanggung. Tapi yang drama tu ikut semester. Kat situ dapat tengok Seol kena strugle, study hard, study smart untuk score dalam exam every semester to get scholarship. Ha, kat situ jugak korang akan dapat tengok betapa susahnya nak score exam untuk dapat dean list. Lepas tu Seol tinggal sewa bilik. Macam you all nanti kalau pihak u tak sediakan kediaman memang korang perlu sewa rumah.

Dekat Malaysia selalunya sewa rumah. Duduk dalam 6-8 orang. Lepas tu, Seol ni ada jugak buat kerja part time. Memang letih kan. Aku teringin jugak buat part time sambil belajar tapi tak mampu. Nanti aku tak boleh fokus. Hehe. Em, lepas tu pasal orang sekeliling masa dekat u. Ada kawan baik, ada kawan jahat, ada yang jatuh hati, macam2 lagilah. Drama ni one of my fav korean drama. So u must watch it. Memang best.