About

Dashboard Follow Homeland

11 October 2013

Infected burn

Assalammualaikum.
Hi guys ^.^
Final exam dah habis. Bolehlah horeyyhoreyy sikit. Hihi. Actually tak adalah horey sangat sebab habis final exam aku pegi hospital. Teman adik aku sebab dia kena tahan dekat wad. Infected burn? Sakit apakah?

Nak dijadikan cerita... kuah sup nasi ayam yang baru keluar dari periuk tu tertumpah atas dia. Tertumpah pulak atas dia punya tu. Err.. Kemaluan dialah, lepas tu dekat sebelah peha kiri kanan. Masa kena tu aku tak ada sebab aku ada dekat kolej. Hantar pegi H. Seberang Jaya. Lepas tu hospital tu hantar ke H. Pulau Pinang. Lepas tu aku pegi la lawat dia. Kesian aku tengok T_T Dia sakit. Kencing pun guna tube.

Dua malam duduk pastu mintak balik. Lepas balik rumah dua hari dia kencing sakit.., rasa pedih sangat. Sampai nanges2 T_T. Lepas tu pegi jumpa doktor tu balik. Doktor tu suruh duduk hospital balik. Lepas tu duduklah dia dekat situ. Aku habis saja exam terus pegi hospital. Teman dia. Pengalaman baru.

First time aku tidur dekat hospital. Hehe. Masakan semua tawar -,- Memang tak lalulah aku nak makan. Adik aku ni dia kena duduk dalam bilik. Bilik tu 3 katil saja ada. Masa aku masuk tu 2 kosong. Memang adik aku sajalah duduk situ. Econ dia..gilaaaa sejuk. Sampai tak boleh tidur aku malam tu. Bayangkan 18 celcius. Lepastu hujan lebat lagi malam tu. Aku pakai baju 5 lapis pun duk sejuk lagi -,- Selimut pun sejuk jugak. Huaaaaa. Tak boleh tidur malam tu. Yang aku peliknyaaa, sedap je adik aku tidur. Badan dia tak sejuk pulak tu. Aku tidur atas kerusi je weh. Alaaah, kerusi malas tu lah. Sebenarnyakan.. aku pun takut jugak malam tu. Hehe. Rasa seram pun ada. Sejam aku tidur mesti terjaga... pastu tidur balik.

Nurse akan cuci adik aku punya tu 2 kali sehari. Lepas tu kerap datang ambik suhu badan dengan pam darah. Lepas tu dalam pukul 8 tu ada nurse datang tukar cadar atau apa2 yang kotor. Lepas tu ada pakcik datang sapu bilik tu. Lepas tu ada pulak orang hantar makanan. Sepanjang aku teman adik aku dekat situ memang tidur tak cukuplah. Lepas  dah keluar tu balik rumah. Aku tidur puas2. Haha. Dah nak dekat 2 minggu. Adik aku dah sihat. Dia kencing pun dah tak sakit macam sebelum ni.

Lepas balik rumah tu ayah aku cerita.. Dalam bilik tu ada bilik air. Memang besar. Tapi untuk mandi sahaja. Ayah aku cakap dulu bilik air tu tempat mandikan mayat. Aku taknak pegi dah bilik tu. Haha. Kalau kena tahan dalam wad tu memang aku tak akan pegi la wehhh. Takut aku dengar sejak2 ayah aku cerita. Ayah aku taknak cerita awal2. Saja la tu takut aku taknak teman adik aku kalau aku tawu. Haha. Tapi lama dah. Bilik tu dah renovate banyak dah.

Sekarang ni dah seminggu lebih balik. Luka dia pun dah okay. Kencing pun dah tak sakit. Cuma ada parut. Parut tu boleh hilanglah kut. Ehh bukan orang nampak pun. Heeee. Uhuk. Takat ni sajalah ceritanyaaa. Haha. Panjang eh?


Okayyy. Bye ^_^

1 comment:

Maria Firdz said...

moga adik cepat sembuh...