About

Dashboard Follow Homeland

24 April 2016

15 April 2016

Review : Hiruscar

Assalammualaikum.
Hari ni aku nak review pasal krim hiruscar ni. Hiruscar ni sesuai untuk kulit muka yang ada parut. Aku guna ni masa bulan 3 haritu. Sebab nak hilangkan parut jerawat. Aku dapat tawu pasal krim ni dari twitter. Sebab sebelum guna tu aku akan tengok dulu feedback macam. Jika berkesan aku akan guna. So aku beli hiruscar ni dekat Watson. Harga dalam Rm28+. 

Mulanya guna sehari dua tak nampak lagi kesan ke tak.. Then seminggu lepas tu baru nampak berkesan. Bagi aku memang bagus. Sebab nampak jugak kesan parut tu mula hilang. Aku sapu tiap malam sebelum tidur dengan tiap pagi sebelum pegi kerja. 

Make sure sapu dekat kulit yang dah kering jerawat tu or luka ke.. Conclusion, memang aku suka guna krim ni untuk hilangkan parut 😃

12 April 2016

Cinta Si Wedding Planner


Assalammualaikum readers. Ehh expect macam ada readers pulak. Hehe. Entah la ada ke tak yang sudi baca celoteh aku ni kan. It's okay. Aku nak cerita pasal favorite malay drama aku kali ni. First time nih nak cerita pasal favorite drama ni. Bila dah category favorite ni memang aku suka sangat-sangat dan lambat jemu. Tak pernah sangka, ada drama melayu tersenarai dalam favorite aku ni. Hehe. 

Aku mulanya tengok Zara Zya berlakon dalam Love You Mr. Arrogant. Drama melayu adaptasi novel tu boleh dikatakan drama pertama aku tengok. Dulu ada Setia Hujung Nyawa pun aku tak tengok. Then mula suka dengan lakonan Zara Zya tapi drama tu aku tak minat sangat. Pastu tengok Cinta Awak 200% lakonan Ayda Jebat dengan Zul Arifin. Drama ni pun aku tak minat. Tengok pun sebab ada pelakon dia. Hehe. Dua pelakon wanita tu aku mula suka. Lepas tu terus sambung dengan MAID. Download drama tu sebab nak tengok Ayda Jebat dengan Zul Ariffin. Hehe. Pastu download drama Zahirah lakonan Zara Zya dengan Adi Putra. Fuhhh. Bila buat comparison kann, aku minat gila drama Zahirah berbanding drama lain. Sebab drama tu banyak kelainan dari drama lain. Tambah pulak ada pelakon macam Zara Zya dengan Adi Putra. Memang aku mula minat Adi Putra sejak tengok drama Zahirah. Hehe

Lepas tu, beberapa bulan yang lepas Adi Putra berlakon drama drama Cinta Si Wedding Planner dengan Mira Filzah. Seriously, aku tak penah kenal pun siapa Mira Filzah ni. Macam mana muka dia. Nama tu ada la jugak penah tengok. Hihi. Aku download drama tu 2/4/2016. Guess what, aku tengok full episode drama tu dalam seharian. Haha. Sebab best sangat tak sabar nak tunggu dah. Memandangkan hari Sabtu pulak. 

Bila tengok hero dengan heroin drama CSWP ni aku takleh move on weh. Best sangat. Suka sangat. First time rasa suka sangat2 dengan drama melayu kali nih. Mula ingatkan lakonan Mira Filzah ni tak best sebab ye lah, pelakon baru kan. Tengok episode satu terus melekat sampai tak nak lepas. Haha. Ada pulak hero macam Adi Putra. Memang sesuai sangat kali ni. 

Sejak tu, aku mula stalk Mira Filzah, drama CSWP, Adi Putra dekat insta, fesbuk and twitter. Yelah dulu tak minat. Sekarang baru minat. Pastu tak sangka pulak hari yang aku tengok drama tu jatuh hari lahir Mira Filzah. Hihi. Actually aku suka drama ni sebab hero dengan heroine kan takda pun berpegang tangan, berpelukan bagai. Tabiklah. Suka kak Mira. And gaya pakaian dia tu takdalah ketat sangat. Love u. Haha.  

Beberapa hari kemudian aku pegi Hasani. Maklumlah dapat baucer bukukan. Aku pegi cari novel dialah. Hikhik. Nasib baik ada. Tak banyak pulak tu. Laju je grab novel tu. Haha. Lepas dah bacakan, novel dengan drama tu takdalah 100% sama. Ada certain watak tu berubah and ada scene yang lain. Tapi it's okay. Masih lagi suka

Suka gambar bawah ni. Haha. I support drama CSWP ni dari drama lain. Tak sabar tengok CSWP Raya. Kalau ada CSWP 2 pun please lah ambil heroes dengan heroine yang asal 😘





11 April 2016

Short vacation : Kuala Terengganu

Assalammualaikum.
Short vacation dekat Kuala Terengganu. Alhamdulillah.. Best moment dapat mandi laut dekat Pulau Kapas, Marang.

Perjalanan ke Pulau Kapas melalui Sungai Marang
Sampai je Pulau Kapas, Subhan Allah. Cantiknya ya Allah.
Tak ramai pelawat. Rasa macam terjaga privasi. Tu yang suka :D
Tak sabar nak terjun. Haha.
Lepas letak barang terus turun. Mak, ayah dengan adik-adik ^_^
Snorkling. Serius best. Pegi dekat laut tengok batu karang. 
Kalau ikutkan nak je stay kat pulau tu dua tiga hari.
Tapi masa tak mengizinkan. 
Habis mandi, pegi Marang. Tempah chalet.
Tak jauh dari Pulau Kapas tu.
Harga pun murah. Ada air cond lagi. Muat untuk 6 orang.
Waktu malam pulau pegi Pantai Batu Buruk..
Ni nama dia sengkuang calit.
Sedap. Rasa fresh je.
Makan rojak tepi laut malam-malam. Hihi.
Dah pegi area Timur, mesti top dengan nasi kerabu kan. .
Macam-macam versi ada :D
Singgah dekat Masjid Terapung. 
Bangun pagi je dapat tengok sunrise.
Ya Allah, seronoknya. Berangin je..

10 April 2016

Rebina. Love it.

Assalammualaikum.
Hi korang semua. Dah dinner ke? Aku sekarang tengah typing perut aku lapar sangat. Nak makan roti atau benda-benda ringan. Tapi tak da pulak. Tak sabar nak tunggu esok. Lapar nawwww. Nak makan megi atau nasi.. Tapi dah rasa macam lewat pulak. Actually tengah diet ni. Huhuhi. Tu yang jaga sangat ni. Sabar lahh perut. Malam ni jee, esok pagi breakfast okay 😄

Back to the title, aku dulu time kecik suka sangat ribena nih. Tambah pulak dia punya plastik botol tu lain dari yang lain tu yang aku suka sangat. Haha. Aku suka air yang perisa masam. Macam ribena . Memang favorite lah. Tapi sekarang dah besar jarang dapat minum ribena. Lebih kepada coklat sekarang nih tak pun green tea. Hehe. Tapi ribena  tetap di hati. 

Esok kerja. Em. Okay. Bye 😌

Drama Melayu


Assalammualaikum semua.
Aku sejak duduk rumah ni kan, keja kedua aku download drama. Maklumlah masa dekat u dulu takda tv. Nak tengok pun kena download. Huhu. Kalau drama korea banyaklah jugak. Yela boleh tukar-tukar dengan kawan. Tapi tak banyak drama melayu yang dyorang tengok. So bila tanya pasal artist yang baru sejak kebelakangan ni aku tak berapa kenal. Baca paper pun kurang. Haha. Memang aku tak update langsunglah pasal artist dekat Melaysia ni. Ada pun aku tengok dekat twitter, fesbuk and social media yang lain. Aku jugak jarang online fesbuk time dekat u dulu. Itu yang kurang tahu sangat. Balik rumah time cuti semester pun aku kerja.. So bilanya aku dapat follow drama melayu dekat akasia or whatever..

Kawan aku adalah jugak download drama melayu. Aku tengok pun kejap je sebab tak minat dengan pelakon baru sekarang ni. Lakonan dyorang tak mantap langsung. Sebab tu aku lebih tengok korean drama. Haha. Bukan nak banding ke apa.. Tapi memang bagi aku pelakon korea bila berlakon memang mostly best. 

Tapi bagus jugaklah pelakon Malaysia ni, sebab dyorang tak plastik. Artists korea ni boleh dikatakan semua plastik. Hehe.,

Aku malas nak tengok sebab kebanyakkan drama adaptasi dari novel. Tahu tahu sajalah bila dah adaptasi ni macam mana kan. Asyik jalan cerita yang  sama jee. Cuma olah sikit. Bosan tawu takk. Benci > kawin paksa > gaduh manja > sweet > orang ketiga > happy ending. Boleh dikatakan banyak cerita macam tu. Yang nak bagi impak besar pun bergantung pada pelakon tu.

Okay then, bila tengok drama korea je rasa macam tak support langsung drama melayu pulak.  Then aku cuba tengok drama melayu sejak duduk dekat rumah ni. Haha. Tak follow dekat tv sebab aku malam nak tunggu time dyorang tu.,haha. So habis je cerita tu aku tengok review. Bila banyak comment cakap best aku akan download. 

09 April 2016

Saya dah free

Assalammualaikum. Hi.. Rasa besar sangat spek tu. Ahaha. So, bulan 4 aku dah start free. Takda jadual aku yang terganggu. Bila ingat balik lah kan, bulan tiga kemain sibuk aku. Mana taknya, ada MUET, praktikal, report bagai. Memang mencabar kesabaran aku sangat-sangat. Kena lalui banyak jugak rintangan. Dengan rasa nak bercuti dengan family lagi. Family aku sanggup tunggu aku sampai habis praktikal semata-mata nak pergi berjalan-jalan. Parents aku berniaga, aku pulak kerja ikut waktu pejabat. Aku public holidays cuti, mh parents busy sebab ramai customer dekat food court Sunway. 

Actually rancang bulan 12 lagi nak pegi terengganu, tapi dah aku susah nak cuti sebab yelah, aku pun kena ikut jugak procedure UiTM. Tak boleh nak cuti sesuka hati melainkan ada emergency ke.. Pastu dengan MUET lagi. Haha. Teringat lagi pegi ambik muet dengan nisa. Nisa just teman aku, sebab aku mana lah tawu area Bayan Lepas. 

Nak ambik MuET pun aku kenalah prepared awal. Nanti kang, masuk dewan terkejut berukla pulak. Dah landaftar dekat sana sebab area Seberang Perai dah penuh. Hmm. Kesian kann. Awal-awal pagi lagi aku dah kena  keluar awal takut sampai lambat pulak dengan sekolah tu. 

Habis je presentation untuk report praktikal, terus hoereyyyy. Haha. Happy sangat. Rasa ringan kepala. Sekarang ni qada balik movie, korean drama, malay drama yang aku ngidam nak tengok dulu. Haha.


Ok, bye 💁

Short holiday.

Assalammualaikum u all. Serius rindu nak update blog. Dah lama sangat aku tinggalkan aktiviti ni. Masa sekolah dulu, blog ni lah kawan aku, peneman setiap masa. Tak jemu pun. Sejak sambung belajar dekat UiTM terus hilang mood nak blogging. Mana taknya, hidup aku berubah jugak lah. Tak macam dulu time sekolah. Hehe. Even ada masa free pun aku tak update. I dont why. Hehe. So semalam aku tengok blog, Mira Filzah. Terus terasa nak blogging balik. Hahah. Btw, makin banyak social media like insta, tumblr, twitter, wechat and etc blog sudah diabaikan. Dulu blog lah yang jadi tempat luahan aku. Haha. 

16 Mac hari aku dengan family pergi bercuti dekat Kapas Island. Serius tidak nyesal pilih tempat ni. Actually banyak je pulau cantik2. Tapi kami pilih Terengganu memandangkan aku dengan family aku tak penah lagi jejak lagi negeri yang penuh dengan seni reka bercirikan Islamik. Okay, tu saja yang aku rasa nak taip. Hahah. Cerita pasal short trip holiday ni aku akan sambung nanti eh. 😉

             See, air dia jernih sangat 😁