Assalammualaikum readers. Ehh expect macam ada readers pulak. Hehe. Entah la ada ke tak yang sudi baca celoteh aku ni kan. It's okay. Aku nak cerita pasal favorite malay drama aku kali ni. First time nih nak cerita pasal favorite drama ni. Bila dah category favorite ni memang aku suka sangat-sangat dan lambat jemu. Tak pernah sangka, ada drama melayu tersenarai dalam favorite aku ni. Hehe.
Aku mulanya tengok Zara Zya berlakon dalam Love You Mr. Arrogant. Drama melayu adaptasi novel tu boleh dikatakan drama pertama aku tengok. Dulu ada Setia Hujung Nyawa pun aku tak tengok. Then mula suka dengan lakonan Zara Zya tapi drama tu aku tak minat sangat. Pastu tengok Cinta Awak 200% lakonan Ayda Jebat dengan Zul Arifin. Drama ni pun aku tak minat. Tengok pun sebab ada pelakon dia. Hehe. Dua pelakon wanita tu aku mula suka. Lepas tu terus sambung dengan MAID. Download drama tu sebab nak tengok Ayda Jebat dengan Zul Ariffin. Hehe. Pastu download drama Zahirah lakonan Zara Zya dengan Adi Putra. Fuhhh. Bila buat comparison kann, aku minat gila drama Zahirah berbanding drama lain. Sebab drama tu banyak kelainan dari drama lain. Tambah pulak ada pelakon macam Zara Zya dengan Adi Putra. Memang aku mula minat Adi Putra sejak tengok drama Zahirah. Hehe
Lepas tu, beberapa bulan yang lepas Adi Putra berlakon drama drama Cinta Si Wedding Planner dengan Mira Filzah. Seriously, aku tak penah kenal pun siapa Mira Filzah ni. Macam mana muka dia. Nama tu ada la jugak penah tengok. Hihi. Aku download drama tu 2/4/2016. Guess what, aku tengok full episode drama tu dalam seharian. Haha. Sebab best sangat tak sabar nak tunggu dah. Memandangkan hari Sabtu pulak.
Bila tengok hero dengan heroin drama CSWP ni aku takleh move on weh. Best sangat. Suka sangat. First time rasa suka sangat2 dengan drama melayu kali nih. Mula ingatkan lakonan Mira Filzah ni tak best sebab ye lah, pelakon baru kan. Tengok episode satu terus melekat sampai tak nak lepas. Haha. Ada pulak hero macam Adi Putra. Memang sesuai sangat kali ni.
Sejak tu, aku mula stalk Mira Filzah, drama CSWP, Adi Putra dekat insta, fesbuk and twitter. Yelah dulu tak minat. Sekarang baru minat. Pastu tak sangka pulak hari yang aku tengok drama tu jatuh hari lahir Mira Filzah. Hihi. Actually aku suka drama ni sebab hero dengan heroine kan takda pun berpegang tangan, berpelukan bagai. Tabiklah. Suka kak Mira. And gaya pakaian dia tu takdalah ketat sangat. Love u. Haha.
Beberapa hari kemudian aku pegi Hasani. Maklumlah dapat baucer bukukan. Aku pegi cari novel dialah. Hikhik. Nasib baik ada. Tak banyak pulak tu. Laju je grab novel tu. Haha. Lepas dah bacakan, novel dengan drama tu takdalah 100% sama. Ada certain watak tu berubah and ada scene yang lain. Tapi it's okay. Masih lagi suka
Suka gambar bawah ni. Haha. I support drama CSWP ni dari drama lain. Tak sabar tengok CSWP Raya. Kalau ada CSWP 2 pun please lah ambil heroes dengan heroine yang asal 😘