About

Dashboard Follow Homeland

30 June 2013

#2 My Life as a student


Assalammualaikum.
Semalam aku dengan roommate pegi tengok tayangan perdana. Tiket RM1 saje pun. Tajuk movie tu The Collection. Start pukul 8 tapi kami pegi pukul 8.30 malam. Masuk je dewan tu penuh dah kerusi. Bahagian depan je tak penuh. So, kena duduk jugaklah bahagian depan. Masa masuk tu cerita dah start. Dalam 10-15 minit rasanya. Dalam 30 minit tu lenguh tekuk aku ni haaa sebab dongak kepala lama sangat. T_T.

Aku ingatkan cerita yang aku tengok tu cerita hantu.. Tapi rupa-rupanya cerita ngeri.. Wuuu. Serius ngeri betul cerita tu. Tengok si jahat tu bunuh orang dengan cara kejam. Rasa nak termuntah pun ada. Roomate aku dua orang. Sorang tu tak tengok pun. Haha. Yang sorang lagi nak habis baru nak tengok. Roommate aku bagi biskut. Bila aku makan tiba-tiba tak ada selera sebab tengok cara si jahat tu bunuh orang.

Masa tengah tengok tu adalaa orang keluar. Mungkin sebab dah tak tahan tengok agaknya. Roommate aku pun ada ajak aku balik. Tapi aku tak nak balik. Hehe. Sebab aku suka tengok cerita aksi ni. Bagi aku best, sebab aku memang minat cerita seram, aksi, thriller berbanding cerita cinta.

Lepas habis tu tak jadi balik kolej lagi. Pegi padang dulu sebab ada festival buah-buahan. Memang ramai jugaklah sebab malam tu jugak ada bola. Ramai dengan laki T_T. Nak jalan pun susah. Sesak betul. Penuh padang. Lepas jalan sekejap, beli air, beli makanan.., balik kolej. Wuuuu. Penat betul.

Okayy. bye ^_^