About

Dashboard Follow Homeland

21 December 2013

Mid sem break


Assalammualaikum
Hi :)
Korang sihat ke?
Aku sejak balik rumah ni rasa macam tak berapa nak sihat sangat.
Cuti mid sem aku dah bermula.
Selama dua minggu.
Bawak balik barang macam cuti sebulan pulak.
Hikhik.
Biasalah beg penuh dengan baju yang belum basuh.
Malas punya pasal bawak balik basuh dekat rumah lah kan.
Hoho.
Btw, balik cuti ni assignment ada sajalah kan.
Cuma tak banyak.
Emmm.
Aku ni tak ada idea nak update sangat sebenarnya..
Tapi jari ni gatal nak update jugak.
Haha.
Okay3. Bye ^.^


16 November 2013

Lampu decorate bilik


Assalammualaikum.
Minggu lepas aku pegi Bangkok. Jalan-jalan dekat sana. First time aku pegi weh. Aku nak cerita memang panjanglah. So, aku cerita sikit-sikit okay. Hihi. Sebelum pegi Bangkok aku duduk rumah memang bosan sangatlah. Tak tawu nak buat apa.. Lepas tu fikir-fikir nak decorate bilik tidur aku memandangkan tu salah satu hobi aku. So, aku tengok dekat instagram. Terjumpa lampu bilik dan macam-macam lampulah. Aku teringinlah pulak dengan lampu bebola benang. Aku nak beli. Cara dekat area tempat aku tinggal tak jumpa pon. Beli online rasa macam emmm.., better pegi beli terus dekat kedai sebab boleh cek.

Lepas tu mak saudara aku cakap nak bawak aku jalan-jalan dekat Bangkok sebab nak hantar anak dia masuk universiti dekat sana. So, aku pon pegilah jalan-jalan dekat sana. Sepupu aku bawak aku pegi Chatuchak. Jalan-jalan jumpa lampu yang aku nak beli tu. 100 bath bersamaan RM 10 sahaja wehhh. Ada yang sama yang aku tengok dalam online. Panjang aku tak ingat, sama ada 3 atau 3.5 meter.Tapi banyak jenis lagilah. Aku tengok yang online ada yang jual RM 35 dan ke atas.. Ada macam-macam jenis bentuk. Aku beli dua. Satu letak bilik aku satu lagi letak bilik adik aku.

Bukan gerai ni saja jual.. Banyak lagi gerai yang jual. Harga sama jugak.

Macam-macam jenis ada. Aku pilih yang simple saja.

Actually benang warna merah jambu :)

Aku letak lampu ni dekat rak buku bilik tidur aku.

Okayyy. Bye ^.^

Bread History 2013

Assalammualaikum.
Fuh fuh fuh *tiup habuk blog ni*
Sebulan lebih aku tak update blog. Bila rasa nak update aku tak tawu nak update apa. Tinggalkan saja blog. Serius rasa jugak rindu dengan blog ni. Hehe. Tambah pulak aku dapat kerja dekat Bread History. Memang tak sempatlah nak update blog apatah lagi blogwalking.
Meh sini aku ceritakan dari A sampai Z,
18 April aku pegi cari kerja dengan kawan aku. Hari yang memenatkan jugak. Merata kami pergi cari kerja. Pegi Tesco Seberang Jaya. Ada banyak yang tulis jawatankosong. Tapi tak call pun. Harap jeh bagi number apa semua. Meronda sampailah jumpak classmate aku. Dia datang nak makan KFC. Pastu bagitawulah dia kami ni tengah cari kerja. Dia pun suggestlah pegi tanya dekat Bread History Sunway Perdana yang baru bukak tu.
Lepas dah pegi tu kami pun pegi la Bread History Sunway Perdana tu. Cakap ada tak jawatankosong. Dia cakap sini tadak, tapi dalam Sunway Carnival Mall ada. Dengan perasaan hampa keluar dari kedai tu. Seriously rasa susahnya nak cari kerja. Dengan langkah laju masuk Sunway. Terus cari kedai tu. Lepas tu ada Cina ni bagilah keterangan apa semua pasal kerja. Syukur dapat.
Esok tu jugak kami berdua boleh start kerja. Horeyy. Haha. Sebelum balik tu aku tengok-tengoklah kedai tu. Ada dua bahagian. Satu untuk cafe, satu untuk beli roti. Bahagian depan ramai dengan pekerja perempuan saja. Bahagian cafe ada 2 orang lelaki saja aku tengok yang serve. Seriolsy, aku rasa macam pernah tengok 2 orang laki tu. Haha. Pastu balik.. Rasa lega sangat. Balik tu aku post dekat wall cakap dapat kerja. Pastu kawan aku sorang nih pun nak jugak kerja. Dia pergi Sunway terus. Dia pun dapat jugak kerja.
Sebenarnyakan, ibu dengan ayah aku bukan suka sangat aku kerja. Aku tak tawulah kenapa. Adalah sebabnya. Tapi aku pujuk jugak cakap nak kerja. Hehe. Nasib baik ibu dengan ayah aku bagi. Sebelum ni aku dapat kerja dekat Bandar Perda. Kedai pakaian sekolah *Kedai Wahab*. Ayah dengan ibu aku memang tak bagi. Jauhlah, gaji sikitlah. Macam-macalah. So, aku pun ikut sajalah cakap mereka tak kerja dekat situ. Tapi nasib baik dekat Bread History ibu dengan ayah aku bagi pegi. Sebab kerja Bread History boleh lagi tambah banyak pengalaman. Belajar apa yang patut. Kalau kedai baju, susun baju sajalah.

11 October 2013

Infected burn

Assalammualaikum.
Hi guys ^.^
Final exam dah habis. Bolehlah horeyyhoreyy sikit. Hihi. Actually tak adalah horey sangat sebab habis final exam aku pegi hospital. Teman adik aku sebab dia kena tahan dekat wad. Infected burn? Sakit apakah?

Nak dijadikan cerita... kuah sup nasi ayam yang baru keluar dari periuk tu tertumpah atas dia. Tertumpah pulak atas dia punya tu. Err.. Kemaluan dialah, lepas tu dekat sebelah peha kiri kanan. Masa kena tu aku tak ada sebab aku ada dekat kolej. Hantar pegi H. Seberang Jaya. Lepas tu hospital tu hantar ke H. Pulau Pinang. Lepas tu aku pegi la lawat dia. Kesian aku tengok T_T Dia sakit. Kencing pun guna tube.

Dua malam duduk pastu mintak balik. Lepas balik rumah dua hari dia kencing sakit.., rasa pedih sangat. Sampai nanges2 T_T. Lepas tu pegi jumpa doktor tu balik. Doktor tu suruh duduk hospital balik. Lepas tu duduklah dia dekat situ. Aku habis saja exam terus pegi hospital. Teman dia. Pengalaman baru.

First time aku tidur dekat hospital. Hehe. Masakan semua tawar -,- Memang tak lalulah aku nak makan. Adik aku ni dia kena duduk dalam bilik. Bilik tu 3 katil saja ada. Masa aku masuk tu 2 kosong. Memang adik aku sajalah duduk situ. Econ dia..gilaaaa sejuk. Sampai tak boleh tidur aku malam tu. Bayangkan 18 celcius. Lepastu hujan lebat lagi malam tu. Aku pakai baju 5 lapis pun duk sejuk lagi -,- Selimut pun sejuk jugak. Huaaaaa. Tak boleh tidur malam tu. Yang aku peliknyaaa, sedap je adik aku tidur. Badan dia tak sejuk pulak tu. Aku tidur atas kerusi je weh. Alaaah, kerusi malas tu lah. Sebenarnyakan.. aku pun takut jugak malam tu. Hehe. Rasa seram pun ada. Sejam aku tidur mesti terjaga... pastu tidur balik.

Nurse akan cuci adik aku punya tu 2 kali sehari. Lepas tu kerap datang ambik suhu badan dengan pam darah. Lepas tu dalam pukul 8 tu ada nurse datang tukar cadar atau apa2 yang kotor. Lepas tu ada pakcik datang sapu bilik tu. Lepas tu ada pulak orang hantar makanan. Sepanjang aku teman adik aku dekat situ memang tidur tak cukuplah. Lepas  dah keluar tu balik rumah. Aku tidur puas2. Haha. Dah nak dekat 2 minggu. Adik aku dah sihat. Dia kencing pun dah tak sakit macam sebelum ni.

Lepas balik rumah tu ayah aku cerita.. Dalam bilik tu ada bilik air. Memang besar. Tapi untuk mandi sahaja. Ayah aku cakap dulu bilik air tu tempat mandikan mayat. Aku taknak pegi dah bilik tu. Haha. Kalau kena tahan dalam wad tu memang aku tak akan pegi la wehhh. Takut aku dengar sejak2 ayah aku cerita. Ayah aku taknak cerita awal2. Saja la tu takut aku taknak teman adik aku kalau aku tawu. Haha. Tapi lama dah. Bilik tu dah renovate banyak dah.

Sekarang ni dah seminggu lebih balik. Luka dia pun dah okay. Kencing pun dah tak sakit. Cuma ada parut. Parut tu boleh hilanglah kut. Ehh bukan orang nampak pun. Heeee. Uhuk. Takat ni sajalah ceritanyaaa. Haha. Panjang eh?


Okayyy. Bye ^_^

02 September 2013

#1


Assalammualaikum.
Tengok picture atas ni. Nampak macam buah right? First time aku tengok makanan ni pun nampak macam buah tapi kenapa comel-comel pastu kecik pulak. Hehe. Ekceli ni bukan buah tapi boleh dikategorikan sebagai pencuci mulut. Aku dah penah rasa. Rasanya manisss. Dalam tu ada kacang. Kulit yang menutup kacang tu agar-agar. Aku tak tawulah makanan ni ada ke tak dekat Malaysia. Sebab aku beli dekat Siam.

01 September 2013

DIY : Recycled jar jam


Assalammualaikum.
Syukur hari ni hujan. Lama tak hujan tempat aku. Panas tu tak perlu nak cakaplah. Faham-fahamlah. Hihi. Petang-petang gini makan keropok lekor dengan teh o panas memang best aku cakap. Ahaks! Tapi dekat rumah sajalah nak ada macam ni. Malam nanti nak balik kolej dah. Huhu. Dekat kolej tak ada laa macam ni. Ni untung duduk rumah. Hoho. Memang banyak untung pun laa kan kalau duduk rumah. Sebelum balik rumah aku sidai baju dekat kolej. Mesti basah balik agaknya baju-baju yang aku sidai tu sebab kawan aku cakap hujan dekat sana. Tapi dia bukan rommate aku. T_T. Duk rumah risau jugak kalau terbang pulak baju-baju aku tuhhh. Wuuuu. Tapi selama aku duduk kolej, sidai baju dekat situ tak pernah pulak terbang ke apa. Hihi. Tak apa, malam ni aku balik dah.


Actually aku install app blogger dekat fon. Saja try install sebab fon aku ada problem dengan play store. Sakit hati betul aku. Erghhh! Tiap kali aku install tak boleh. Tunggu punya lama. Lepas habis install dia cakap Package is invalid. Punya lama aku cari jalan penyelesaian dia >.< Sabar punya sabar boleh jugak. Seminggu lebih taw aku cuba nak selesaikan masalah tu. Cehh, ayat. Ahaha. Aku google. Lepas tu blalalalala. Sampai la terjumpa comment someone. Aku try buat macam dia cakap dan berhasil. Yeyyy! Aku tak pernah lagi publish guna fon. Nanti entri lain aku nak publish guna fon. Kalau install tak guna baik tak payah install kan.

Okayy. Tadi baru pengenalan. Ahaha. Ni aku baru nak cerita macam yang tajuk atas tu. Kali ni aku recycle balik balang jem roti yang ibu aku beli. Hihi. Jem strawberry lagi. Habis saja terus aku simpan. Kalau aku tak simpan mesti ibu aku guna letak serbuk lada ke dll. Hehe. Simple saja aku buat. Sebab tak ada bahan lain yang boleh aku lekat ke apa.. Aku cuma guna tiga bahan saja.

Tadaaaa! Hehe
Okay, rasanya tu saja. Hehe. Tajuk kemain lagi tapi cerita pasal tajuk ciput saja aku ni ==' Tak apalah. Saja aku nak kongsi. Hihi. Bye ^_^

31 August 2013

I'm back


Assalammualaikum.
Setelah sekian lama -,-
Masih dalam bulan Syawal hari ni (24 Syawal 1434). Rasanya agak terlambat ke aku nak ucap? Hehe. Selamat Hari Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Hihi. Aku tak cerita lagi pun raya tahun ni macam mana. Tak sempat nak blogging. Aku ni kalau nak update kena ambik masa sikit. Setakat sejam tu tak sempat. Hihi. Cari idea lagi. Errrrr, apa-apa sajalah. Sokayyy.

Serius, aku rindu nak blogging macam dulu. Serius, aku nak buat tutorial macam-macam. Serius aku nak cerita macam-macam. Serius aku rindu nak edit blog. Serius, aku rindu nak blogwalking. Serius, aku rindu nak stalk blog crush. *opppsss!*. Waaa, lamanya tak blogging. Dulu blog la peneneman aku ketika boring. Habiskan masa dengan blogging. Tapi sekarang? Wuuuuuu T_T Aku dah jarang lekat dekat rumah. Jarang on komputer.


Semuanya sejak aku mula kerja dekat Bread History. Hahh, teringat pasal Bread History tak sempat lagi aku nak cerita pengalaman aku kerja dekat situ. Hoho. Busy kerja pastu dapat sambung belajar dekat Uitm. Sejak tu nak logging blog pun  jarang dah. Nak cerita lagilah. Sibuk assignment, kuiz, test bagai. Tapi aku ada jugaklah chatting dengan kawan-kawan :D

Pasal aku accident pun aku tak cerita lagi. Nanti aku cerita lain. By the way, aku ada jugak logging blog tengok traffic. Makin lama makin berkurang. Uwaaaa. Sedih sedih sedih T_T. Traffic turun banyak. Mana taknya, aku post pun sebulan sekali.

Hoookeeyyyy. Rasanya ni saja yang aku nak taip petang ni. Hihi. Bye :)

30 June 2013

#2 My Life as a student


Assalammualaikum.
Semalam aku dengan roommate pegi tengok tayangan perdana. Tiket RM1 saje pun. Tajuk movie tu The Collection. Start pukul 8 tapi kami pegi pukul 8.30 malam. Masuk je dewan tu penuh dah kerusi. Bahagian depan je tak penuh. So, kena duduk jugaklah bahagian depan. Masa masuk tu cerita dah start. Dalam 10-15 minit rasanya. Dalam 30 minit tu lenguh tekuk aku ni haaa sebab dongak kepala lama sangat. T_T.

Aku ingatkan cerita yang aku tengok tu cerita hantu.. Tapi rupa-rupanya cerita ngeri.. Wuuu. Serius ngeri betul cerita tu. Tengok si jahat tu bunuh orang dengan cara kejam. Rasa nak termuntah pun ada. Roomate aku dua orang. Sorang tu tak tengok pun. Haha. Yang sorang lagi nak habis baru nak tengok. Roommate aku bagi biskut. Bila aku makan tiba-tiba tak ada selera sebab tengok cara si jahat tu bunuh orang.

Masa tengah tengok tu adalaa orang keluar. Mungkin sebab dah tak tahan tengok agaknya. Roommate aku pun ada ajak aku balik. Tapi aku tak nak balik. Hehe. Sebab aku suka tengok cerita aksi ni. Bagi aku best, sebab aku memang minat cerita seram, aksi, thriller berbanding cerita cinta.

Lepas habis tu tak jadi balik kolej lagi. Pegi padang dulu sebab ada festival buah-buahan. Memang ramai jugaklah sebab malam tu jugak ada bola. Ramai dengan laki T_T. Nak jalan pun susah. Sesak betul. Penuh padang. Lepas jalan sekejap, beli air, beli makanan.., balik kolej. Wuuuu. Penat betul.

Okayy. bye ^_^

27 May 2013

Hi :')



Rindu nak update blog mehhh.

30 March 2013

Masak mee goreng

Assalammualaikum.
Tadi aku duduk rumah dengan adik aku saja. Tu pun adik aku tu kejap dia keluar kejap dia balik. Ibu ayah dengan adik-adik aku yang lain pegi Kulim, Kedah. Dyorang pegi servis kereta. Aku dah pernah pagi tempat servis kereta Toyota tu. Tunggu lama sementara nak siap sevis ==' Tapi nasib baik dia punya tempat terbaik. Hehe. Lepas dyorang pegi servis kereta dyorang pegi terus Sungai Petani. Repair apa yang patut dekat rumah sana. Sejak cuti sekolah seminggu ni ibu dengan ayah aku rajin betul ulang-alik ke sana. Ada dua tiga hari lepas aku tidur sana. Rumah tu rumah taman.

Okeh, petang tadi aku rasa lapar. Aku masak mee goreng. Aku guna resepi mee goreng yang ibu aku selalu ajar. Bahan semua ada aku pun masak sajalah. 100% air tangan aku sendiri tanpa bantuan ibu aku. Memang aku puas hatilah. Hehe. Percubaan yang baik. Dan aku rasa mee goreng kali ni memang paling sedap dari sebelum ni. Haha. Aku buat sikit saja. Tak banyak sangatlah. Sebab kami dua saja duduk rumah. Ibu ayah dengan adik-adik aku yang lain malam baru balik. So aku buat untuk dua orang makan. Adik aku balik rumah dia makan. Sampai habis. Hehe.

Tadaa!! Ni hasilnya. Hikhik.
Cara nak masak mee goreng ni bukan susah mana aku rasa. Bila dah tawu buat bolehlah perbaiki mana yang kurang. Tapi kena cuba banyak kalilah. Selalu aku letak daging tapi kali ni aku letak ayam, ada telur pastu tauge. Tauge sampai tak nampak rupa tauge dah pun. Hehe. Sebelum ni aku dah pernah buat. Tapi rasa tak sedap mana. Aku nak makan aku sendiri tak lalu. Haha. Tapi kali nih, aku makan rasa sedap. Puji diri sendiri pulak. Lol. Btw aku suka mee goreng yang macam ni. Mee goreng yang basah sikit. Bila aku dah ada keyakinan bolehlah aku buat untuk makan satu family. Lepas nih nak cuba masak bihun goreng pulak.

Okay, see u later :)

Kad pengenalan baru


Assalammualaikum.
Baru-baru ni aku pegi pejabat Jabatan Pendaftaran Negara dekat Bandar Perda. Aku pegi dengan kawan aku saja. Mak aku kata aku dah besar. Haha. Sampai dalam tu ambik number giliran. Tak boleh nak duduk sebab penuh. Biasalah tempat macam tu. Duk sekejap tu kawan aku nampak dua orang lagi kawan. Pegi dekat dyorang. Nasib baik lepas sekejap tu ada tempat kosang. Kalau tak berhimpit dengan kawan-kawan aku. Hehe. Duduk senerai kami, empat orang.

Gelak sana sini. Haha. Lepas tu sampai giliran dyorang. Sekejap saja dyorang pegi dekat kaunter tu. Kawan aku pun datang sebab nak buat ic baru. Tapi kerani tu cakap kena genap 18 tahun ke atas baru boleh untuk buat ic baru. Pastu suruh dyorang tunggu aku sebab aku cadang nak pegi Jusco. Alang-alang dah sampai situ. Pegi sajalah.

Aku nak buat ic baru. Cukup umur 18 tahun kena tukar ic. Nak kata wajib ke tak tu aku tak pasti. Tapi bila korang nak buat passport kena guna ic baru untuk 18 tahun ke atas. Bulan lepas aku ada pegi imegresen. Nak buat passport. Dia kata kena guna ic baru. Tempoh nak buat ic tu dalam sebulan. Dalam proses nak buat ic baru tu dapat ic sementara kalau ada urusan. Kalau tak ada urusan rasanya dia tak bagi kut. So bolehlah buat passport dalam tempoh sebulan tu guna ic sementara.

Selesai urusan aku kami pegi Jusco. Makan sekejap pastu mak aku call suruh beli cd game dekat adik aku. Pastu pegi Pacific Megamall pulak. Hehe. Lepas selesai beli baliklah. Masa nak balik jalan punyalah sesak. Naik motor pun sesak. Hehe. Balik rumah tu memang letih sangat. Btw, pagi tu aku pegi sekolah. Tengok latihan kawad lepas tu jumpak counselor sekolah. Balik pun tengahari. Keluar pulak pukul 2 petang. Balik 6 petang. Malam tu aku tidur awal. Hehe.

Hhmm. Lagi sebulan kena pegi balik untuk ambik ic baru.

Okay, see u later :)

18 March 2013

3D Puzzle - Eiffel Tower


Assalammualaikum.
Minggu lepas aku pegi kedai mainan dengan mak aku. Nak beli mainan dekat adik-adik aku. Aku ikut mak aku pegi kedai tu. Masuk kedai tu penuh dengan barang mainan. Tapi mainan yang biasa-biasa saja. Tak adalah jual mainan yang sampai harga beratus hengget tu. Cenderahati pun ada. Rambang mata aku bila tengok. Hihi. Pastu mak aku belek mainan untuk adik-adik aku. Aku pun belek lah jugak. Jumpak puzzle. Banyak bentuk. Aku berkenan nak main puzzle ni. Haha. Bodek mak aku suruh beli. Hehehe.

Harga aku tak tawulah berapa. Sebab mak aku kenal dengan tauke kedai mainan tu dia bagi discount. Ahaha. Fyi, kedai yang aku pegi ni kedai mainan borong. Sebab tu sama boleh dapat murah.

Bahagian yang aku rasa susah number 2 dengan 3 tu. Lama betul aku buat bahagian tu. Silap sikit je yang atas mesti tak menjadi punyalah. Nasib baik jugaklah contoh yang dia suruh follow tu senang. Taklah serabut kepala aku ni.

Nak mudahkan cara untuk buat Eifeel Tower ni kan dia siap bagi number lagi.

Selepas sejam aku buat, baru dapat hasilkan yang bahagian ni. Haha. Punya lama. Tu pun ada silap. Rasanya korang tak perasan kalau tengok pun. Hehehe.

Okay, siap. Nak dekat dua jam aku buat. Err, lama ke tu? Haha.

Tinggi 39cm. Lebar 16cm. Tengok je pembaris korang bila tak dapat bayangkan tinggi dengan lebar dalam gambar ni.

Ni bila tengok dari atas.

Hmm. Lenguh jugak buat benda ni. Perlukan kesabaran dan kena buat dengan teliti. Kalau tak, boleh runtuh tower tu. Haha. Lepas dah siap nak buat apa? Aku letak dalam bilik aku je. Sebab aku suka simpan benda-benda yang nampak kreatif. Hikhik. Aku pun teringin nak tengok yang real punya. Bilalah boleh pegi Paris ni hahhh.  Heheh.

Okay, see u later.

17 March 2013

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh


Assalammualaikum.
Hari Ahad lepas kan, aku pegi Ipoh. Aku, family aku dengan mak saudara aku dan anak dia (sepupu) dari Siam. Pegi makan dekat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Fyi ye, restoran ni famous dekat Ipoh. Tanya je orang-orang Ipoh. Mesti tawulah. Hehe. Btw, ni kali pertama aku nak pegi makan dekat situ.

Mula-mula sampai kan, senang saja jumpak. Pegi awal sangat dia tak bukak lagi. Dia baru nak susun apa semua. Masuk tu singgah solat dulu sebab dekat situ ada tempat solat. Lepas tu kami ronda Ipoh sekejap sementara restoran tu nak bukak. Lepas tu nak pegi balik restoren tu sesat wehh -,- Pusing merata. Jalan dia sehala. Jenuh betul cari. Nasib baik ada pakcik ni. Dia tunjuk kan jalan. So, follow je dia.

Tingkat dua. Ni rasanya untuk tempahan je sesuai. 
Lepas masuk tu, order lah. Ingatkan bila nak makan restoren macam tu nak kena tunggu lama. Tapi sekejap saja. Bagus betul. Haha. Pekerja dia ramai wooo. Tapi rasanya semua dari Selatan Thai. Aku tak tawulah hujung pangkal apa semua macam mana mak saudara aku tu boleh kenal rapat dengan tauke ke pembantu restoren tu. Restoran tu aku ingatkan jual nasi lemak saja. Rupa-rupanya menu dia punyalah banyak. Luas betul restoran tu.


Sebab kenal, kami makan dia bagi murah. Huahua! Bayar dalam RM 30 kalau tak silap aku. Untunglah pegi dengan mak saudara aku ni. Dapat discount. Haha. Haaa, nak pegi? Tengok alamat dalam resit atas ni.

Okay. See u later :'D

Note : Web nak download movie kena tutup pulak dah. Hadoiii!

14 March 2013

Buat kek #2


Assalammualaikum.
*Fuhhhh* Tiup blog yang nak berdebu sebab lama aku tak kemaskini. Err. Ni aku nak bagitawu ni, sedih sikit. Sikit sajalah. Lappy aku kena format weh. Sebab tu aku tak update. Online pun kejap-kejap saja guna komputer. Harga kena format? Cuba teka. Hihi. Aku kena bayar 40 hengget untuk lappy tu saja. Ayah aku cakap selalunya dalam RM30 saja pun. Hmm. Tapi oklah jugak sebab aku berpuas hati. Dia letak software. Macam-macam pulak tu. Siap ada antivirus. Dua tahun lepas kena format jugak. Tapi tak letak apa langsung. Tapi RM20 jelah.

Bila on saja terus rasa macam -______-  Mula-mula aku godek dekat file, document apa semua. Heeelang habis mood aku bila tengok tak ada pun dia simpan. Esok tu kan, aku cari lagi. Rupa-rupanya dia simpan. Entah macam mana aku tengok kemarin tak ada pun. Hehe. Tapi yang texture dengan background yang aku download dari internet dia tak simpan.  habis background, texture yang aku suka. Nasib baik drama korea, movie dengan gambar kenangan dia simpan.

Neh, aku nak cerita macam mana boleh sampai kena format. Tengahari tu aku dia syiokkknya download laaah drama korea. Mula-mula okay saja. Bila nak download episode 2 dia jadi hang. Sampaikan nak shut down pun tak boleh. Huhhh! Bila aku on balik nak guna Google Chrome tak boleh, nak bukak My Computer pun tak boleh pun tak boleh. So hantar kedailah. Aku nak jugak tawu apesal boleh jadi macam tu. Tapi tak sempat nak tanya. Hmm hmmm hmm. Cuba klik sini untuk tengok penyebab laptop 'hang'. Aku tak tawu mana satu punca 'hang' haritu.

Ehem. Tajuk entri nih pasal cerita buat kek. Tapi terasa nak cerita lappy kena format. Hihi. Harituuukan aku dengan mak aku buat kek. Kek coklat kukus. Alaaah, yang biasa korang tengok dekat mana-mana kedai tu. Nak buat senang saja pun. Tapi kalau tak tawu buat tak menjadi jugak kan. Sebelum ni mak aku dah pernah buat. Kali ni mak aku buat letak ising.



Macam nilah jadinya bila tambah ising. Buat banyak layer. Tapikan, aku lebih suka makan yang tak ada ising. Hehe.

Okay. See u later. Hihi :)

05 March 2013

Jom cuba makan ni #2

Assalammualaikum.
Tudia, cabai merah menyalai aih. Bila korang rasa makan ni korang akan rasa kenyal. Tapi kalau dah liat sangat tu tak sedap. Kenalah pandai cari kalau nak yang kenyal. Hihi. Dalam tu ada kacang tumbuk. Orang cakap makan kacang naik jerawat. Tak tawulah fakta tu betul ke tak. Tapi aku makan jugak. Hehe. Hidangan ni boleh dikatogorikan sebagai pencuci mulut. Sedap tu sedap jugak bagi aku berbanding dengan pencuci mulut yang aku entri ini.

27 February 2013

Alhamdulilah. Sudah dapat lesen P.


Assalammualaikum.
Syukur sangat sebab dah lepas dah ambil lesen. Aku ambik lesen B2 dengan D. B2 tu tu motosikal dan D tu kereta. Start pegi tengah bulan 12 tahun lepas. Dengar ceramah, ambil ujian komputer, dengar teori, praktikal, buat latihan seterusnya, ujian kelayankan, buat tambahan dan test JPJ. Banyak kali jugaklah pegi I.D.I tu. Sampai tak larat nak pegi. Hehe.

Alhamdulilah aku tak payah buat apa-apa ulangan. Kalau ulangan nak kena bayar lagi. So, buat betul-betullah. Mula-mula gementar nak jawab ujian komputer tu. Hari nak jawab ujian komputer tu kan, aku punyalah takut. 500 soalan. Kena lulus 42/50. Dapat bawah 42, gagal dan kena buat lain. Kena bayar ke tak aku tak tahulah. Sebab aku tak gagal. Masa nak buat ujian komputer tu kan, tunggu giliran punya laaaaaaaaaah lama. Tapi nak jawab sekejap saja. Pukul 8 lebih pegi, pukul 12 tengahari baru balik ==' . Lepas dah habis jawab dapat terus keputusan. Yahoooo! Lulus 45/50!

Minggu seterusnya dia bagi tarikh sekian-sekian yang aku kena pegi untuk dengar teori motosikal lepas tu praktikal. Sambung pulak dengan teori kereta pastu praktikal. Dekat situ saja aku nak kena pegi empat kali. Nak combine pun boleh tapi disebabkan aku tak nak pegi waktu pegi sebab tu dia tak bagi.

Habis semua tu dapatlah lesen L. Tapi tak pernah lekat pun. Haha. Ayah aku kata tak payahlah beli. Nak guna sebulan saja pun. Lol. Tapi aku tak adalah naik motosiakal pegi jauh. Kereta kalau L memang tak boleh. Sepanjang sebulan tu aku pegi buat latihan kereta dengan motosikal. Setiap kali tu jugaklah mak atau ayah aku yang akan hantar dengan ambil bila dah habis latihan dekat I.D.I. Nak pegi dengan agency malaas aku. Nak kena tunggu lama. Cuma mula-mula saja aku pegi dengan agency.

Dah habis buat latihan buat pulak ujian kelayakan. Aku orang last dia nak uji. Tahu-tahu sajalah mood macam mana. Maybe sebab letih sama kut.  Penguji yang aku dapat garang jugak tapi sempat lagi dia buat lawak. Haha. Habis tu lega sangat sebab lulus. Esok tu pulak aku buat motosikal. Aku kena time hujan rintik-rintik. Bila nak habis tu terus hujan lebat. Lembab baju aku. Motosikal pun lulus jugak.

Minggu seterusnya, minggu lepaslah. Hehe. Aku buat pulak test JPJ. Kereta dengan motosikal. Pegi pukul 8 pagi. Balik pukul 4.30 petang. Fuhhhhh! Tapi dalam pukul 12 tengahari tu dyorang berhenti sebab solat Jumaat. Pukul 2.30 petang sambung balik. Motosikal giliran 12. Tapi disebabkan aku dengan beberapa orang yang lain double test *test kereta dengan motosikal* dia bagi kami buat dulu. Argghh ! Nak kena buat awal-awal. Dah la time tu kecut perut semua ada. Sempat lagi aku pegi toilet. Haha. Aku orang ketiga. Masa buat tu aku cuba control takut, gementar, risau, kecut perut apa semua. Haha. Alhamdulilah lulus. Cuma aku silap dekat brek kecemasan. Sebab aku tak reti nak break kuat-kuat.

Lepas dah habis buat motosikal terus pegi daftar buat kereta pulak. Mula-mula buat naik bukit, parking dengan tiga penjuru dulu. Lepas tu tunggu untuk buat bahagian jalan raya pulak. Tapi disebabkan dah pukul 12 tengahari dyoragn pun berhenti. Aku call ayah aku. Ayah aku datang ambil. Aku nak balik rumah jugakkk. Penat woo! Pegi pulak dalam pukul 2.30 petang. Ada jugak yang tak balik. Sanggup dyorang tunggu.

Ingat bila pegi tu terus test. Tapi kena tunggu lagi. Rupa-rupanya orang yang double test tadi tu orang yang last. Erghhh! Motosikal terlebih awal dan kereta giliran last. Masa buat tu tahu-tahu sajalah aku ni. Takut apa semua ada. Syukur lulus jugak.

Untuk motosikal bahagian yang paling aku risau masa nak jalan atas titi simen tu dengan brek kecemasan. Pernah sekali aku tak dapat imbangkan motosikal, tayar tu turun dari titi tu. Brek kecemasan tu asyik tak nak bunyi saja. Sebab aku takut nak brek kuat-kuat. Hihi. Untuk kereta bahagian yang paling aku risau masa nak jalan atas bukit tu. Masa latihan adalah sekali dua kereta turun belakang balik. Haha. Syukur lah masa test semuanya lulus.

Saat paling cemas hari aku buat praktikal kereta. Masa aku buat praktikal dekat parking kan tetiba ada kereta I.D.I terbakar. Kereta tu tak jauh dari kereta yang aku tengah drive. Masa aku belajar pulak kan, cikgu biar aku buat sorang-sorang. Cemas betul. Pastu cikgu pegi dekat aku suruh aku u-turn. Panik sangat enjin mati. Nasib baik boleh jugak, kalau tak boleh memang aku nak turun pastu suruh cikgu drive. Lepas berhenti, cikgu suruh aku tunggu dekat tempat penguji duduk tu. Aku pun duduklah situ sambil tengok kereta tu terbakar. Mula-mula dia berasap dekat depan. Aku tengok ada api bawah kereta jatuh. Makin lama makin terbakar kereta sampai belakang. Habis satu kereta. Masa tu jugak dua buah bomba datang. Api tu nak sambar pulak pook sebelah tu. Yang tengah belajar tu lelaki. Sama umur dengan aku. Masa aku tunggu dekat situ, dia pun datang dekat tempat tu. Dia sembang apa dengan aku entahlah, tak ingat. Alhamdulilah lah dia dengan cikgu dia selamat. Cikgu aku cakap kali pertama kes tu berlaku dekat situ.

So, hari ni aku pegi ambil lesen P dekat agency. Yeahhhh! Tak perlu lagi pegi ke sana. Semasa dalam tempoh ambil lesen tu adalah aku kenal dengan orang baru. Ada yang contact. Seriously aku cakap. Nak ambil lesen ni guna banyak masa lepas tu kena sabar banyak. Haha. Mana tak nak, nak buat sekejap saja tapi nak kena tunggu giliran tu punyalah lama.

Lepas pegi ambil lesen dekat agency aku mesej ayah aku suruh beli pelekat P tu. Dekat rumah aku ada motosikal ayah aku dengan motosikal mak aku. Satu kereta Kembara dan satu lagi Hilux. Ayah aku beli satu set untuk motosikal dan satu set untuk kereta. Aku drive kereta Kembaralah nampaknya. Sebab Hilux tu dah la besar pastu baru beli. Ayah aku bukan bagi aku drive lagi sebab aku baru dapat lesen. Hehe.

Cikgu yang ajar aku selalu pesan dekat aku, "Naik kereta mata kena liar. Sikap pemandu semuanya tak sama." Ayat tu selalu dia cakap kat aku.

Okay, see u later :)

20 February 2013

Today's stories


Assalammualaikum.
Pagi tadi aku teman mak aku pergi kedai insurans. Nak renew pasport ke permit ke aku pun tak tahulah untuk pekerja mak aku. Tunggu punya lama wehhh. Padahal bukan ada orang pun. Erghhh! Lambat betul buat kerja. Lepas tunggu lama sangat mak aku cakap dekat dia nak balik dululah. Bila dah siap pergi ambil.

Hari ni aku ada latihan tambahan kereta. Nak buat untuk tambahan moto tak pergi pun. Nak test hari Jumaat ni. Maybe esok pagi aku pergi. Nak pegi petang takut tak sempat nak buat sebab aku ada tambahan kereta lagi. Hehh! Penat! Tadi aku pergi dalam pukul 3.30 petang. Dalam jadual pukul 3.00 petang. Tapi aku dah agak dah. Kalau datang pukul 3.00 petang pun kan nak kena tunggu pukul 3.30 petang baru nak start. So, aku pegi 3.30 petang. Hehe. Tunggu sekejap saja then cikgu panggil.

Bila buat parking dengan penjuru tu okay la jugak. Aku lemah dekat bukit tu. Risau takut fail masa test JPJ nanti. Tapi harap-harap tak fail la. Yang jalan raya punya pun okay. Cikgu duduk sebelah aku tu nampak saja diam tapi cakap banyak. Haha. Ada saja yang dia nak sembang. Cakap punya cakap dia kenal dua orang kawan aku. Lol. Sepupu aku pun dia kenal. Sebab dia pernah ajar dyorang. Hehe.

Lepas habis tu nak buat tambahan motosikal. Tapi aku tengok ramai saja orang. Dah tu ada kawan sekolah rendah aku pulak. Tak jadi aku nak pegi. Hehe. Balik tu ayah aku ambil. Pastu keluar lagi. Pegi makan pulak. Masa tu jugak orang insurans tu call cakap kertas tu dah siap. Haiiyaaa. Pagi pegi, petang baru siap --'. Nasib baik tak pegi tunggu dekat kedai dia. Tapi mak aku dah agak dah. Mesti lambat punya siap. Aku tengok mak aku uruskan dokumen apa semua. Naik pening kepala aku. Haha. Nak siapkan atau renew pasport atau permit ingat senang ke. Kena pegi sana sini.

Okay, stop cerita untuk hari ni. See u later :)

19 February 2013

New design for blog

Sebelum

Assalammualaikum.
Hari ni aku tukar tema blog. Gelap menjadi cerah. Sebab dah bosan tengok yang gelap. So, tukar. Warna tu aku tak tahulah. Hehe. Sebab aku guna banyak warna dalam blog ni. Tapi warna yang aku guna pun bukan jelas sangat. Malas aku nak pilih-pilih warna ni. Aku letak saja warna yang aku rasa nak letak.

Fyi, header tu aku buat sekejap saja. Cuma tambah tulisan dalam header tu. Yang texture graphic tu aku dah buat beberapa hari lepas. Btw, tu first time aku blend picture dan menjadi gabungan tu. Aku blend background texture dengan empat picture. Seriously aku cakap. Dulu masa aku mula-mula nak belajar blend picture dengan texture sungguh tak menjadi. Aku mengambil masa yang panjang. Rasanya seminggu lebih aku nak blend picture guna photoshop. Nak percaya atau tak depand la. Lagipun banyak tutorial yang aku dah tengok. Boleh guna macam-macam cara. Ada cara pendek, ada cara panjang. Tapi tetap tak menjadi. Urghhh ! Sampai la buat menjadi. Masa buat menjadi tu kan, aku tak ikut tutorial pun. Aku buat cara aku sendiri. Lastly, aku sendiri yang paham dengan cara aku. Cara nak buat pun lebih kurang sama saja dengan tutorial yang lain.

Aku ambil picture dekat wehearit.com dengan tumblr.com. Aku guna photoshop CS3 saja pun. Ingatkan CS3 tak boleh buat, so aku pun download CS5. Tapi bila buat still tak boleh sebab tak menjadi jugak. Padahal boleh saja semua CS. Ada tutorial buat nak kena transparent picture dulu. Tapi bila aku buat aku tak transparent kan picture pun. Macam-macam caralah yang ada.

Ni texture yang aku guna. Credit HERE





Ni hasil yang mula. Bila buat header, aku tambah saja la text.
Hasil yang aku buat ni nampak biasa sajakan. Maybe sebab picture yang aku pilih tak berapa sesuai. Tapi tak apa. Sebab nanti aku nak buat lagi. Biar cantik lagi dari yang first time punya. Hehe. Texture banyak ada dekat deviantART.com. Korang pun boleh jugak ambil tapi bila dah download kalau boleh jangan lupa owner texture tu supaya senang nak credit.

17 February 2013

I miss my primary school


Assalammualaikum
Entri ni aku dah post dalam offial blog. Tapi aku dah delete dan aku re-edit balik entri tu dan post dalam blog ni.

Tahun 2002 aku darjah satu. Pergi sekolah tak pakai tudung -_- dan bawak beg roda yang popular time tu. Haha. Kawan-kawan ada, aku pun nak jugak. Hihi. maklumlah budak lagi time tu. Tocang mesti naik dua atas kepala aku ni. Aku masuk sekolah tu daftar lewat, so duduk kelas belakang sekali. Perghhhh ! Terima sajalah. Lagipun bukan majoriti budak tak pandai dalam kelas tu. Kelas saja belakang. Yang aku ingat cikgu BM aku saja. Yang lain ingat-ingat lupa .

Naik darjah dua aku pindah duduk kelas depan sekali. Haha. Tak sangka woo dengan keputusan final exam darjah satu sebab tu dapat naik kelas. Mula-mula aku tak tahu kelas aku yang mana satu lepas time nak masuk darjah dua tu. Aku ikut kawan aku duduk kelas dia. *nampak sangat macam budak tak tahu apa ==' . Cikgu panggil nama, nama aku tak ada. Pastu cikgu pi kelas sebelah. Rupa-rupanya kelas depan. Darjah dua sekolah aku ada dua sesi. Darjah dua kena sebelah petang.Tengahari aku pi sekolah. Balik pukul 6 kalau tak silap.

Naik darjah tiga turun kelas kedua. Haha. Apolah. Darjah tiga aku tak ingat sangat apa yang berlaku. Btw, aku dah start pakai tudung pi sekolah. Then, yang aku ingat dalam kelas tu kawan-kawan memang best sangat. Start situ kawan dengan budak laki. Maksud aku kawan rapat sikit. Hehe.

Bila final exam aku masih tak dapat naik kelas depan lagi. sedih sedih sedih. Masuk kelas number dua. Maintain sampai darjah lima. Darjah empat pun aku tak ingat sangat, yang aku tahu aku selalu beli majalah dekat cikgu BM aku. Harga RM 3 kalau tak salahh. Sebab minat nak baca cerita kartun dalam tu punya pasal terpaksa jimat cermat bila nak makan time rehat. Pastu darjah lima memang nakal. Sebab tahun depan darjah enam. Mula la naik kepala. Hehe. Kelas aku selalu buat hal. Main itu, main ini. Lawak la kalau ingat balik. Lol.

Tapi yang paling best setiap kali exam mesti aku dapat antara number satu sampai tiga. Haha. Masuk darjah enam naik kelas. Yahoooo ! Tapi agak malanglahh bila cakap pasal kawan-kawan. Sebab kawan-kawan kelas depan majoriti sombong. Bila duduk dalam kelas tu macam ada puak-puak pulak. Cikgu kelas memang paling best. Kelas aku memang sentiasa dapat number satu bila keceriaan kelas. Dah darjah enam tu senior segalanya laa. Haha. Start darjah enam macam-macam program lah ada. UPSR punya pasal la.

Masa darjah enam dalam kelas aku selalu timbul kes cinta cintun nih. Start la couple sana sini. Tapi yang kunonya aku ni sampai couple pun tak tahu lagi time tu. Haha. Nak habis darjah enam baru tahu maksud couple sebenarnya. Pastu exam UPSR. Dah habis tu horeyyy ^_^ . Start darjah enam jugak la aku dah pandai buli orang. Haha. Jahat jugak ye aku ni kalau ingat balik. Haha. Tapi sekarang dah tak buli orang la. Haha .

Darjah empat aku dapat jadi pengawas library. Maybe sebab aku suka pinjam buku cerita dekat library. Pakai baju warna coklat pudar, pastu pakai tali leher. Rasa smart habis time tu. Haha. Aku  rumah Syahbandar, warna kuning. Selalu dapat tempat terakhir. Tapi bila aku darjah enam rumah Syahbandar tempat pertama terus. Kali terakhir aku rumah kuning. Pastu setiap tahun mesti ada nurse datang bawak anak-anak buah dia nak cabut gigi. Haha. Seingat aku rasanya hanya sekali saja gigi aku dicabut. Hehe. Nyampah betol time tu !

Start darjah tiga aku mula kenal dengan seorang ni (laki). Aku kawan dengan dia lain dari aku kawan dengan laki yang lain. Memang banyak aku ingat sebab selalu dapat surat dari dia, macam mesej. Maklumlah time tu manala guna henpon lagi. Tapi tak maulah cerita panjang-panjang. Tu hanya dalam diari. Haha . Lagipun tu kenangan. Naik sekolah menengah dia ada jugak ==' . Tapi dia dah tak macam yang aku pernah kenal sebelum ni sebab perangai berubah. Heee. Start darjah enam aku dah tak mau ingat dia, UPSR katakan. Lepas tingkatan dua kut kisah tu timbul semula sebab amyy kawan aku tanya pasal dia. Fikiran aku terus melayang ingat kisah-kisah lama. Haha. Okay, stop about this. Hihi.

Lepas habis UPSR pi rombongan. Rombongan yang tak dapat aku lupakan. Pegi pakai baju kurung (baju sekolah). Pelik sebab tak pakai baju PJ. Rimas betol time tu. Haha. Naik sekolah menengah rombongan apa pun aku tak pegi. Selama enam tahun aku berada disitu. Tak sangka sudah hampir lima tahun lebih aku tinggalkan sekolah rendah. Memang rindu dengan suasana semua tu.

Okay, See u later :)

14 February 2013

Buat coklat untuk hantaran

Assalammualaikum.
Banyak hari dah aku tak blogging dalam blog ni. Sebab asyik post dalam offial blog saja sampai tak sempat nak bercerita dalam blog ni. Actually aku tengah cari idea nak edit offial blog tu sebab jemu dehhh aku tengok. Dah sebulan lebih tak tukar. Tapi idea sekejap ada, sekejap tak ada. Warna aku dah pilih. Cuma tunggu masa saja nak edit bila. Hihi.

Kemarin aku dengan mak aku buat hantaran untuk kenduri anak kawan mak aku. Kemarin pun buat hantaran tu cepat-cepat sebab petang kemarin aku ada test kereta dekat IDI. Sebelum pergi IDI dalam pukul 3 petang aku tolonglah mak aku buat hantaran tu. Sambil-sambil tu kawan aku Anis datang rumah aku. Duduk dekat dapur lagi. Hehe. Hari ni dia kena balik PLKN dah.

Tengahri tu aku pergi Bandar Perda dengan mak aku. Pergi beli barang nak buat hantaran tu lah. Nak pergi kedai kek yang lain tapi jumpak kedai kek lain. So, pergi kedai tu. Kedai kek tu baru bukak. Tahun lepas kalau tak silap aku. Baru lagi. Masuk dalam kedai kek tu macam-macam ada. Alangkah indahnya kalau aku pandai buat kek. Lol. Sebab barang dalam kedai tu macam-macam benda ada.

Masuk dalam tu cari acuan coklat, coklat yang papan tu, kotak letak coklat dengan apa benda entahlah, aku nak sebut pun tak taw. Hehe. Tapi tetiba mak aku nak beli timbang buat kek sebab timbang buat kek dekat rumah rosak. So beli apa semua sampai RM 60+. Kedai tu diskaun jadi RM50+. Balik tu mulalah buat. Alah, senang saja pun. Hehe. Aku dah pernah buat dengan classmate aku. Boleh baca entri ini. Hihi.

Tadaaa. Tengah picture atas ni. Hasil coklat yang aku dengan mak aku buat. Yang nak ikat reben tu bukan siap lagi. Tapi aku dah ambil gambar. Reben tu ikat sendiri tapi tak lekat lagi. Simple kann. Tak sempat nak hias sebab nak kena hantar awal. So, hantar yang ni saja.

See u later :')

09 February 2013

Buat kek #1

Assalammualaikum.
Kemarin aku dengan mak aku buat kek. Minggu ni 3 jenis kek dah buat. Dalam proses pembelajaran. Sebab tak sedap macam Secret Resepi pun. Lol. Kemarin buat buat kek buahan-buahan. Bila aku makan rasa buah limau yang lebih. Buah lain aku tak dapat rasa. Hahaha.

Mak aku buat sikit saja. Buat banyak bukan habis pun. Larat nak makan kek hari-hari. Hihi.


Tadaaaa. Ni la hasil dia lepas letak dalam oven. Bau memang sedap dah. Tapi bila rasa. Haha. Ehh, rasa jugak macam kek cuma kurenggg sedap dan tak nampak cantik.

Okay. Nanti nak cuba buat lagi.

Badminton


Assalammualaikum.
Kemarin kawan aku yang pergi PLKN balik cuti CNY sampai minggu depan. Dah nak dekat sebulan lebih tak jumpak. Tapi rasa macam baru saja jumpa dia. Hehe. Sekejap sajakan. Mesti ada ada banyak cerita. Maybe.

Okay, aku nak cerita pasal permainan badminton. Keluarga aku suka main badminton. Aku pun suka main jugak. Tapi taklah sehebat Lee Chong Wei. Haha. Bila balik kampung sebelah mak aku selalu bawak raket badminton. Belakang rumah tu ada gelanggang badminton. So, bila balik sana mesti main. Buang kalori katakan. Haha. Tapi berat tak turun banyak mana pun. Hehe.

Aku pernah main dengan ayah aku. Dan aku tak pernahnya menang ==' Haha. Tambah-tambah bila ayah aku main ikut peraturan permainan badminton. Permainan badminton pun ada peraturan taw. Bukan boleh main ikut suka saja. Memandangkan aku ni bukan ahli Kelab Badminton aku tak ambil tahu pun sampai ayah aku sendiri yang ajar aku.

Aku tak tahulah dekat mana ayah aku belajar peraturan semua tu. Tapi aku rasa main ikut peraturan boleh buat aku jadi gila. Hahaha. Sebab dah biasa main ikut suka bila nak ikut peraturan aku jadi keliru. Mana tak boleh, mana yang boleh. Bila main ikut suka aku bedal saja. Haha. Tapi bila aku main dengan adik aku, akulah juara. Haha. Main dengan mak aku kadang-kadang aku menang, kadang-kadang aku kalah.

Tahun lepas masa aku trial SPM minggu nak akhir paper akaun aku balik kampung. Pastu sendi bahu mak aku terpisah sebab nak baling apa entah. Aku tak tahulah korang pernah dengar ke tak penyakit tu sebab terkeluar sendi tu jarang belaku. Lepas tu pergi hospital. Doktor bius tangan mak aku dan pusing bagi masuk balik. Macam anak patang bila terkeluar tangan. Wuuu. Mesti sakit. Sebab esok tu aku sekolah jadi kenalah balik. Trial pulak tu. Tapi mak aku tak boleh balik sebab nak kena pergi hospital esok tu untuk jumpak pakar tulang. So, malam tu aku, adik aku dengan ayah aku saja balik rumah. Mak aku tidur sana dengan kakak dia yang dari Hatyai. Esok tu lepas habis trial legalah then balik sekolah macam biasa. Lepas asar balik kampung ambil mak aku.

Sejak tu mak aku tak boleh main badminton macam selalu. Dekat bahu dia kadang-kadang sakit. Tapi lepas beberapa bulan mak aku nak main. Tapi taklah pukul kuat-kuat. Biasa-biasa saja. Mak aku masih tak boleh nak luruskan tangan ke arah atas. Tapi angkat barang boleh pulak. Lepas tu tukar ke Hospital Seberang Jaya buat fisiotherapy. Nasib baik jugaklah hanya tinggal satu paper akaun saja lepas tu. Kerja yang mak aku tak boleh buat aku kena buat.

Okay, mulanya ingat nak cerita pasal badminton saja. Tapi teringat pasal mak aku. Mak aku pun suka main badminton sebab tu masuk sekali cerita yang sakit tu. Hhee. Lagipun mak aku beli raket RM100+. Rugilah kalau tak main. Lol. Tapi kadang-kadang mak aku main tangan kiri sebab tangan kanan yang jadi tu.

See u later :)

Note : Lagi mahal raket lagi sedap main. Tapi kalau tak reti main tak ada guna.

08 February 2013

Setia Hujung Nyawa


Assalammualaikum.
Hi peminat setia drama Setia Hujung Nyawa.
Lepas ni dah tak boleh tengok Ersalina dengan Zain dah. Rindulah nanti. Lol. Macam Vanila Coklat. So, macam mana ending dia? Er, kenapa aku tanya? Sebab aku tak follow pun drama tu. Walaupun nak sangat tengok drama tu depan kaca tv tu. Selalunya aku tak terlepas pun tengok drama Melayu yang sweet sweet ni. Tapi kali ni drama Setia Hujung Nyawa aku tak boleh follow sampai habis.

Aku tak tahu kenapa slot Akasia start pukul 7 petang sampai 8 malam sekarang ni. Dan waktu macam tu dalam rumah aku ni tak boleh on tv. Sebab waktu tu dekat dengan waktu Maghrib. So, tak dibenarkan. Peraturan! Tengok yang online? Urghhhh. Tak puas kalau tengok yang online punya. Dah tu tak jelas macam  yang dalam tv. Mula-mula aku follow jugak episode awal tu. Bila dah episode 5 ke atas aku stop follow. Ingat aku rajin sangat ke nak tunggu loading ==' Okay, tak apa. Aku boleh makan dengan berselera saja walaupun tak tengok drama tu. Hahaha.

Btw, nanti aku nak beli novel dia. Nak pinjam malu. Aku tak suka sangat pinjam barang orang ni. Sebab nak kena jaga macam jaga tuan dia. Lol. Baik aku beli sendiri memandangkan aku ni suka sangat baca novel. Tak kisahlah kan. Hihi.

Okay, see u later.

05 February 2013

DIY : Bookmark

Assalammualaikum.
Petang kemarin aku pergi belajar kereta lagi. Macam haritu jugak, pergi pukul tiga. Tapi kali ni balik lewat sikit. Minggu lepas balik pukul 5.30 petang. Kemarin balik pukul 6 petang. Tunggu ayah aku datang amik lamalah jugak. Tahu-tahu sajalah kalau pukul 6 petang. Jalan sibukkk. Masa aku belajar dekat jalan raya pun sibuk. Tapi chill. Hehe. Kemarin jugak aku belajar 2 jalan. Satu jalan A, satu jalan C. Alhamdulilah semuanya baik. Cikgu yang duduk tepi aku tu dari mula sampai nak balik cakap tak henti ==' Haha.

Okay, back to title. Hari tu aku ada tengok youtube cara nak buat bookmark. Macam-macam cara yang boleh buat sebenarnya. Ikut kreativitilah. Nak guna apa pun. Aku tengok dalam satu blog ni, dia tunjuk cara nak buat bookmark monster. Tapi aku tak minatlah monster-monster ni. Hihi. So, aku guna cara yang sama tapi bukan buat bentuk monster.

Depan
Belakang
Boleh guna bucu atas 
Boleh jugak guna untuk bucu bawah
Bahan yang aku guna: pembaris, pensel, gam UHU, gunting, kertas warna, sellotape transparent, sellotape bercorak,  border aku recycle dan sampul surat.


Cara-cara yang macam aku buat :
1. Gunting bucu sampul surut. Sebelum tu better ukur dalam mana-mana buku (bucu muka surat buku). Lepas gunting cuba masukkan bookmark tepi bucu. Kalau sesuai teruskan langkah seterusnya.
2. Nak buat bookmark korang keras sikit lekatlah kertas A4. Buat banyak kali pun tak apa.
3. Ukur kertas warna satu persatu dan gunting (macam yang aku buat)
4. Lekat satu persatu dan jangan lekat gam banyak sangat.
5. Sebelah belakang lekat sellotape bercorak
6. Guna sellotape transparent dan lekat depan dengan belakang untuk tahan lebih lama

Done :)

Note : DIY - Do It Yourself