About

Dashboard Follow Homeland

18 March 2013

3D Puzzle - Eiffel Tower


Assalammualaikum.
Minggu lepas aku pegi kedai mainan dengan mak aku. Nak beli mainan dekat adik-adik aku. Aku ikut mak aku pegi kedai tu. Masuk kedai tu penuh dengan barang mainan. Tapi mainan yang biasa-biasa saja. Tak adalah jual mainan yang sampai harga beratus hengget tu. Cenderahati pun ada. Rambang mata aku bila tengok. Hihi. Pastu mak aku belek mainan untuk adik-adik aku. Aku pun belek lah jugak. Jumpak puzzle. Banyak bentuk. Aku berkenan nak main puzzle ni. Haha. Bodek mak aku suruh beli. Hehehe.

Harga aku tak tawulah berapa. Sebab mak aku kenal dengan tauke kedai mainan tu dia bagi discount. Ahaha. Fyi, kedai yang aku pegi ni kedai mainan borong. Sebab tu sama boleh dapat murah.

Bahagian yang aku rasa susah number 2 dengan 3 tu. Lama betul aku buat bahagian tu. Silap sikit je yang atas mesti tak menjadi punyalah. Nasib baik jugaklah contoh yang dia suruh follow tu senang. Taklah serabut kepala aku ni.

Nak mudahkan cara untuk buat Eifeel Tower ni kan dia siap bagi number lagi.

Selepas sejam aku buat, baru dapat hasilkan yang bahagian ni. Haha. Punya lama. Tu pun ada silap. Rasanya korang tak perasan kalau tengok pun. Hehehe.

Okay, siap. Nak dekat dua jam aku buat. Err, lama ke tu? Haha.

Tinggi 39cm. Lebar 16cm. Tengok je pembaris korang bila tak dapat bayangkan tinggi dengan lebar dalam gambar ni.

Ni bila tengok dari atas.

Hmm. Lenguh jugak buat benda ni. Perlukan kesabaran dan kena buat dengan teliti. Kalau tak, boleh runtuh tower tu. Haha. Lepas dah siap nak buat apa? Aku letak dalam bilik aku je. Sebab aku suka simpan benda-benda yang nampak kreatif. Hikhik. Aku pun teringin nak tengok yang real punya. Bilalah boleh pegi Paris ni hahhh.  Heheh.

Okay, see u later.

1 comment:

Anonymous said...

heheh mcam best je,,:)