About

Dashboard Follow Homeland

16 November 2013

Lampu decorate bilik


Assalammualaikum.
Minggu lepas aku pegi Bangkok. Jalan-jalan dekat sana. First time aku pegi weh. Aku nak cerita memang panjanglah. So, aku cerita sikit-sikit okay. Hihi. Sebelum pegi Bangkok aku duduk rumah memang bosan sangatlah. Tak tawu nak buat apa.. Lepas tu fikir-fikir nak decorate bilik tidur aku memandangkan tu salah satu hobi aku. So, aku tengok dekat instagram. Terjumpa lampu bilik dan macam-macam lampulah. Aku teringinlah pulak dengan lampu bebola benang. Aku nak beli. Cara dekat area tempat aku tinggal tak jumpa pon. Beli online rasa macam emmm.., better pegi beli terus dekat kedai sebab boleh cek.

Lepas tu mak saudara aku cakap nak bawak aku jalan-jalan dekat Bangkok sebab nak hantar anak dia masuk universiti dekat sana. So, aku pon pegilah jalan-jalan dekat sana. Sepupu aku bawak aku pegi Chatuchak. Jalan-jalan jumpa lampu yang aku nak beli tu. 100 bath bersamaan RM 10 sahaja wehhh. Ada yang sama yang aku tengok dalam online. Panjang aku tak ingat, sama ada 3 atau 3.5 meter.Tapi banyak jenis lagilah. Aku tengok yang online ada yang jual RM 35 dan ke atas.. Ada macam-macam jenis bentuk. Aku beli dua. Satu letak bilik aku satu lagi letak bilik adik aku.

Bukan gerai ni saja jual.. Banyak lagi gerai yang jual. Harga sama jugak.

Macam-macam jenis ada. Aku pilih yang simple saja.

Actually benang warna merah jambu :)

Aku letak lampu ni dekat rak buku bilik tidur aku.

Okayyy. Bye ^.^