27 February 2013
Alhamdulilah. Sudah dapat lesen P.
Assalammualaikum.
Syukur sangat sebab dah lepas dah ambil lesen. Aku ambik lesen B2 dengan D. B2 tu tu motosikal dan D tu kereta. Start pegi tengah bulan 12 tahun lepas. Dengar ceramah, ambil ujian komputer, dengar teori, praktikal, buat latihan seterusnya, ujian kelayankan, buat tambahan dan test JPJ. Banyak kali jugaklah pegi I.D.I tu. Sampai tak larat nak pegi. Hehe.
Alhamdulilah aku tak payah buat apa-apa ulangan. Kalau ulangan nak kena bayar lagi. So, buat betul-betullah. Mula-mula gementar nak jawab ujian komputer tu. Hari nak jawab ujian komputer tu kan, aku punyalah takut. 500 soalan. Kena lulus 42/50. Dapat bawah 42, gagal dan kena buat lain. Kena bayar ke tak aku tak tahulah. Sebab aku tak gagal. Masa nak buat ujian komputer tu kan, tunggu giliran punya laaaaaaaaaah lama. Tapi nak jawab sekejap saja. Pukul 8 lebih pegi, pukul 12 tengahari baru balik ==' . Lepas dah habis jawab dapat terus keputusan. Yahoooo! Lulus 45/50!
Minggu seterusnya dia bagi tarikh sekian-sekian yang aku kena pegi untuk dengar teori motosikal lepas tu praktikal. Sambung pulak dengan teori kereta pastu praktikal. Dekat situ saja aku nak kena pegi empat kali. Nak combine pun boleh tapi disebabkan aku tak nak pegi waktu pegi sebab tu dia tak bagi.
Habis semua tu dapatlah lesen L. Tapi tak pernah lekat pun. Haha. Ayah aku kata tak payahlah beli. Nak guna sebulan saja pun. Lol. Tapi aku tak adalah naik motosiakal pegi jauh. Kereta kalau L memang tak boleh. Sepanjang sebulan tu aku pegi buat latihan kereta dengan motosikal. Setiap kali tu jugaklah mak atau ayah aku yang akan hantar dengan ambil bila dah habis latihan dekat I.D.I. Nak pegi dengan agency malaas aku. Nak kena tunggu lama. Cuma mula-mula saja aku pegi dengan agency.
Dah habis buat latihan buat pulak ujian kelayakan. Aku orang last dia nak uji. Tahu-tahu sajalah mood macam mana. Maybe sebab letih sama kut. Penguji yang aku dapat garang jugak tapi sempat lagi dia buat lawak. Haha. Habis tu lega sangat sebab lulus. Esok tu pulak aku buat motosikal. Aku kena time hujan rintik-rintik. Bila nak habis tu terus hujan lebat. Lembab baju aku. Motosikal pun lulus jugak.
Minggu seterusnya, minggu lepaslah. Hehe. Aku buat pulak test JPJ. Kereta dengan motosikal. Pegi pukul 8 pagi. Balik pukul 4.30 petang. Fuhhhhh! Tapi dalam pukul 12 tengahari tu dyorang berhenti sebab solat Jumaat. Pukul 2.30 petang sambung balik. Motosikal giliran 12. Tapi disebabkan aku dengan beberapa orang yang lain double test *test kereta dengan motosikal* dia bagi kami buat dulu. Argghh ! Nak kena buat awal-awal. Dah la time tu kecut perut semua ada. Sempat lagi aku pegi toilet. Haha. Aku orang ketiga. Masa buat tu aku cuba control takut, gementar, risau, kecut perut apa semua. Haha. Alhamdulilah lulus. Cuma aku silap dekat brek kecemasan. Sebab aku tak reti nak break kuat-kuat.
Lepas dah habis buat motosikal terus pegi daftar buat kereta pulak. Mula-mula buat naik bukit, parking dengan tiga penjuru dulu. Lepas tu tunggu untuk buat bahagian jalan raya pulak. Tapi disebabkan dah pukul 12 tengahari dyoragn pun berhenti. Aku call ayah aku. Ayah aku datang ambil. Aku nak balik rumah jugakkk. Penat woo! Pegi pulak dalam pukul 2.30 petang. Ada jugak yang tak balik. Sanggup dyorang tunggu.
Ingat bila pegi tu terus test. Tapi kena tunggu lagi. Rupa-rupanya orang yang double test tadi tu orang yang last. Erghhh! Motosikal terlebih awal dan kereta giliran last. Masa buat tu tahu-tahu sajalah aku ni. Takut apa semua ada. Syukur lulus jugak.
Untuk motosikal bahagian yang paling aku risau masa nak jalan atas titi simen tu dengan brek kecemasan. Pernah sekali aku tak dapat imbangkan motosikal, tayar tu turun dari titi tu. Brek kecemasan tu asyik tak nak bunyi saja. Sebab aku takut nak brek kuat-kuat. Hihi. Untuk kereta bahagian yang paling aku risau masa nak jalan atas bukit tu. Masa latihan adalah sekali dua kereta turun belakang balik. Haha. Syukur lah masa test semuanya lulus.
Saat paling cemas hari aku buat praktikal kereta. Masa aku buat praktikal dekat parking kan tetiba ada kereta I.D.I terbakar. Kereta tu tak jauh dari kereta yang aku tengah drive. Masa aku belajar pulak kan, cikgu biar aku buat sorang-sorang. Cemas betul. Pastu cikgu pegi dekat aku suruh aku u-turn. Panik sangat enjin mati. Nasib baik boleh jugak, kalau tak boleh memang aku nak turun pastu suruh cikgu drive. Lepas berhenti, cikgu suruh aku tunggu dekat tempat penguji duduk tu. Aku pun duduklah situ sambil tengok kereta tu terbakar. Mula-mula dia berasap dekat depan. Aku tengok ada api bawah kereta jatuh. Makin lama makin terbakar kereta sampai belakang. Habis satu kereta. Masa tu jugak dua buah bomba datang. Api tu nak sambar pulak pook sebelah tu. Yang tengah belajar tu lelaki. Sama umur dengan aku. Masa aku tunggu dekat situ, dia pun datang dekat tempat tu. Dia sembang apa dengan aku entahlah, tak ingat. Alhamdulilah lah dia dengan cikgu dia selamat. Cikgu aku cakap kali pertama kes tu berlaku dekat situ.
So, hari ni aku pegi ambil lesen P dekat agency. Yeahhhh! Tak perlu lagi pegi ke sana. Semasa dalam tempoh ambil lesen tu adalah aku kenal dengan orang baru. Ada yang contact. Seriously aku cakap. Nak ambil lesen ni guna banyak masa lepas tu kena sabar banyak. Haha. Mana tak nak, nak buat sekejap saja tapi nak kena tunggu giliran tu punyalah lama.
Lepas pegi ambil lesen dekat agency aku mesej ayah aku suruh beli pelekat P tu. Dekat rumah aku ada motosikal ayah aku dengan motosikal mak aku. Satu kereta Kembara dan satu lagi Hilux. Ayah aku beli satu set untuk motosikal dan satu set untuk kereta. Aku drive kereta Kembaralah nampaknya. Sebab Hilux tu dah la besar pastu baru beli. Ayah aku bukan bagi aku drive lagi sebab aku baru dapat lesen. Hehe.
Cikgu yang ajar aku selalu pesan dekat aku, "Naik kereta mata kena liar. Sikap pemandu semuanya tak sama." Ayat tu selalu dia cakap kat aku.
Okay, see u later :)
20 February 2013
Today's stories
Assalammualaikum.
Pagi tadi aku teman mak aku pergi kedai insurans. Nak renew pasport ke permit ke aku pun tak tahulah untuk pekerja mak aku. Tunggu punya lama wehhh. Padahal bukan ada orang pun. Erghhh! Lambat betul buat kerja. Lepas tunggu lama sangat mak aku cakap dekat dia nak balik dululah. Bila dah siap pergi ambil.
Hari ni aku ada latihan tambahan kereta. Nak buat untuk tambahan moto tak pergi pun. Nak test hari Jumaat ni. Maybe esok pagi aku pergi. Nak pegi petang takut tak sempat nak buat sebab aku ada tambahan kereta lagi. Hehh! Penat! Tadi aku pergi dalam pukul 3.30 petang. Dalam jadual pukul 3.00 petang. Tapi aku dah agak dah. Kalau datang pukul 3.00 petang pun kan nak kena tunggu pukul 3.30 petang baru nak start. So, aku pegi 3.30 petang. Hehe. Tunggu sekejap saja then cikgu panggil.
Bila buat parking dengan penjuru tu okay la jugak. Aku lemah dekat bukit tu. Risau takut fail masa test JPJ nanti. Tapi harap-harap tak fail la. Yang jalan raya punya pun okay. Cikgu duduk sebelah aku tu nampak saja diam tapi cakap banyak. Haha. Ada saja yang dia nak sembang. Cakap punya cakap dia kenal dua orang kawan aku. Lol. Sepupu aku pun dia kenal. Sebab dia pernah ajar dyorang. Hehe.
Lepas habis tu nak buat tambahan motosikal. Tapi aku tengok ramai saja orang. Dah tu ada kawan sekolah rendah aku pulak. Tak jadi aku nak pegi. Hehe. Balik tu ayah aku ambil. Pastu keluar lagi. Pegi makan pulak. Masa tu jugak orang insurans tu call cakap kertas tu dah siap. Haiiyaaa. Pagi pegi, petang baru siap --'. Nasib baik tak pegi tunggu dekat kedai dia. Tapi mak aku dah agak dah. Mesti lambat punya siap. Aku tengok mak aku uruskan dokumen apa semua. Naik pening kepala aku. Haha. Nak siapkan atau renew pasport atau permit ingat senang ke. Kena pegi sana sini.
Okay, stop cerita untuk hari ni. See u later :)
19 February 2013
New design for blog
Sebelum |
Assalammualaikum.
Hari ni aku tukar tema blog. Gelap menjadi cerah. Sebab dah bosan tengok yang gelap. So, tukar. Warna tu aku tak tahulah. Hehe. Sebab aku guna banyak warna dalam blog ni. Tapi warna yang aku guna pun bukan jelas sangat. Malas aku nak pilih-pilih warna ni. Aku letak saja warna yang aku rasa nak letak.
Fyi, header tu aku buat sekejap saja. Cuma tambah tulisan dalam header tu. Yang texture graphic tu aku dah buat beberapa hari lepas. Btw, tu first time aku blend picture dan menjadi gabungan tu. Aku blend background texture dengan empat picture. Seriously aku cakap. Dulu masa aku mula-mula nak belajar blend picture dengan texture sungguh tak menjadi. Aku mengambil masa yang panjang. Rasanya seminggu lebih aku nak blend picture guna photoshop. Nak percaya atau tak depand la. Lagipun banyak tutorial yang aku dah tengok. Boleh guna macam-macam cara. Ada cara pendek, ada cara panjang. Tapi tetap tak menjadi. Urghhh ! Sampai la buat menjadi. Masa buat menjadi tu kan, aku tak ikut tutorial pun. Aku buat cara aku sendiri. Lastly, aku sendiri yang paham dengan cara aku. Cara nak buat pun lebih kurang sama saja dengan tutorial yang lain.
Aku ambil picture dekat wehearit.com dengan tumblr.com. Aku guna photoshop CS3 saja pun. Ingatkan CS3 tak boleh buat, so aku pun download CS5. Tapi bila buat still tak boleh sebab tak menjadi jugak. Padahal boleh saja semua CS. Ada tutorial buat nak kena transparent picture dulu. Tapi bila aku buat aku tak transparent kan picture pun. Macam-macam caralah yang ada.
Ni texture yang aku guna. Credit HERE |
Ni hasil yang mula. Bila buat header, aku tambah saja la text. |
17 February 2013
I miss my primary school
Assalammualaikum
Entri ni aku dah post dalam offial blog. Tapi aku dah delete dan aku re-edit balik entri tu dan post dalam blog ni.
Tahun 2002 aku darjah satu. Pergi sekolah tak pakai tudung -_- dan bawak beg roda yang popular time tu. Haha. Kawan-kawan ada, aku pun nak jugak. Hihi. maklumlah budak lagi time tu. Tocang mesti naik dua atas kepala aku ni. Aku masuk sekolah tu daftar lewat, so duduk kelas belakang sekali. Perghhhh ! Terima sajalah. Lagipun bukan majoriti budak tak pandai dalam kelas tu. Kelas saja belakang. Yang aku ingat cikgu BM aku saja. Yang lain ingat-ingat lupa .
Naik darjah dua aku pindah duduk kelas depan sekali. Haha. Tak sangka woo dengan keputusan final exam darjah satu sebab tu dapat naik kelas. Mula-mula aku tak tahu kelas aku yang mana satu lepas time nak masuk darjah dua tu. Aku ikut kawan aku duduk kelas dia. *nampak sangat macam budak tak tahu apa ==' . Cikgu panggil nama, nama aku tak ada. Pastu cikgu pi kelas sebelah. Rupa-rupanya kelas depan. Darjah dua sekolah aku ada dua sesi. Darjah dua kena sebelah petang.Tengahari aku pi sekolah. Balik pukul 6 kalau tak silap.
Naik darjah tiga turun kelas kedua. Haha. Apolah. Darjah tiga aku tak ingat sangat apa yang berlaku. Btw, aku dah start pakai tudung pi sekolah. Then, yang aku ingat dalam kelas tu kawan-kawan memang best sangat. Start situ kawan dengan budak laki. Maksud aku kawan rapat sikit. Hehe.
Bila final exam aku masih tak dapat naik kelas depan lagi. sedih sedih sedih. Masuk kelas number dua. Maintain sampai darjah lima. Darjah empat pun aku tak ingat sangat, yang aku tahu aku selalu beli majalah dekat cikgu BM aku. Harga RM 3 kalau tak salahh. Sebab minat nak baca cerita kartun dalam tu punya pasal terpaksa jimat cermat bila nak makan time rehat. Pastu darjah lima memang nakal. Sebab tahun depan darjah enam. Mula la naik kepala. Hehe. Kelas aku selalu buat hal. Main itu, main ini. Lawak la kalau ingat balik. Lol.
Tapi yang paling best setiap kali exam mesti aku dapat antara number satu sampai tiga. Haha. Masuk darjah enam naik kelas. Yahoooo ! Tapi agak malanglahh bila cakap pasal kawan-kawan. Sebab kawan-kawan kelas depan majoriti sombong. Bila duduk dalam kelas tu macam ada puak-puak pulak. Cikgu kelas memang paling best. Kelas aku memang sentiasa dapat number satu bila keceriaan kelas. Dah darjah enam tu senior segalanya laa. Haha. Start darjah enam macam-macam program lah ada. UPSR punya pasal la.
Masa darjah enam dalam kelas aku selalu timbul kes cinta cintun nih. Start la couple sana sini. Tapi yang kunonya aku ni sampai couple pun tak tahu lagi time tu. Haha. Nak habis darjah enam baru tahu maksud couple sebenarnya. Pastu exam UPSR. Dah habis tu horeyyy ^_^ . Start darjah enam jugak la aku dah pandai buli orang. Haha. Jahat jugak ye aku ni kalau ingat balik. Haha. Tapi sekarang dah tak buli orang la. Haha .
Darjah empat aku dapat jadi pengawas library. Maybe sebab aku suka pinjam buku cerita dekat library. Pakai baju warna coklat pudar, pastu pakai tali leher. Rasa smart habis time tu. Haha. Aku rumah Syahbandar, warna kuning. Selalu dapat tempat terakhir. Tapi bila aku darjah enam rumah Syahbandar tempat pertama terus. Kali terakhir aku rumah kuning. Pastu setiap tahun mesti ada nurse datang bawak anak-anak buah dia nak cabut gigi. Haha. Seingat aku rasanya hanya sekali saja gigi aku dicabut. Hehe. Nyampah betol time tu !
Start darjah tiga aku mula kenal dengan seorang ni (laki). Aku kawan dengan dia lain dari aku kawan dengan laki yang lain. Memang banyak aku ingat sebab selalu dapat surat dari dia, macam mesej. Maklumlah time tu manala guna henpon lagi. Tapi tak maulah cerita panjang-panjang. Tu hanya dalam diari. Haha . Lagipun tu kenangan. Naik sekolah menengah dia ada jugak ==' . Tapi dia dah tak macam yang aku pernah kenal sebelum ni sebab perangai berubah. Heee. Start darjah enam aku dah tak mau ingat dia, UPSR katakan. Lepas tingkatan dua kut kisah tu timbul semula sebab amyy kawan aku tanya pasal dia. Fikiran aku terus melayang ingat kisah-kisah lama. Haha. Okay, stop about this. Hihi.
Lepas habis UPSR pi rombongan. Rombongan yang tak dapat aku lupakan. Pegi pakai baju kurung (baju sekolah). Pelik sebab tak pakai baju PJ. Rimas betol time tu. Haha. Naik sekolah menengah rombongan apa pun aku tak pegi. Selama enam tahun aku berada disitu. Tak sangka sudah hampir lima tahun lebih aku tinggalkan sekolah rendah. Memang rindu dengan suasana semua tu.
Okay, See u later :)
14 February 2013
Buat coklat untuk hantaran
Assalammualaikum.
Banyak hari dah aku tak blogging dalam blog ni. Sebab asyik post dalam offial blog saja sampai tak sempat nak bercerita dalam blog ni. Actually aku tengah cari idea nak edit offial blog tu sebab jemu dehhh aku tengok. Dah sebulan lebih tak tukar. Tapi idea sekejap ada, sekejap tak ada. Warna aku dah pilih. Cuma tunggu masa saja nak edit bila. Hihi.
Kemarin aku dengan mak aku buat hantaran untuk kenduri anak kawan mak aku. Kemarin pun buat hantaran tu cepat-cepat sebab petang kemarin aku ada test kereta dekat IDI. Sebelum pergi IDI dalam pukul 3 petang aku tolonglah mak aku buat hantaran tu. Sambil-sambil tu kawan aku Anis datang rumah aku. Duduk dekat dapur lagi. Hehe. Hari ni dia kena balik PLKN dah.
Tengahri tu aku pergi Bandar Perda dengan mak aku. Pergi beli barang nak buat hantaran tu lah. Nak pergi kedai kek yang lain tapi jumpak kedai kek lain. So, pergi kedai tu. Kedai kek tu baru bukak. Tahun lepas kalau tak silap aku. Baru lagi. Masuk dalam kedai kek tu macam-macam ada. Alangkah indahnya kalau aku pandai buat kek. Lol. Sebab barang dalam kedai tu macam-macam benda ada.
Masuk dalam tu cari acuan coklat, coklat yang papan tu, kotak letak coklat dengan apa benda entahlah, aku nak sebut pun tak taw. Hehe. Tapi tetiba mak aku nak beli timbang buat kek sebab timbang buat kek dekat rumah rosak. So beli apa semua sampai RM 60+. Kedai tu diskaun jadi RM50+. Balik tu mulalah buat. Alah, senang saja pun. Hehe. Aku dah pernah buat dengan classmate aku. Boleh baca entri ini. Hihi.
Tadaaa. Tengah picture atas ni. Hasil coklat yang aku dengan mak aku buat. Yang nak ikat reben tu bukan siap lagi. Tapi aku dah ambil gambar. Reben tu ikat sendiri tapi tak lekat lagi. Simple kann. Tak sempat nak hias sebab nak kena hantar awal. So, hantar yang ni saja.
See u later :')

09 February 2013
Buat kek #1
Assalammualaikum.
Kemarin aku dengan mak aku buat kek. Minggu ni 3 jenis kek dah buat. Dalam proses pembelajaran. Sebab tak sedap macam Secret Resepi pun. Lol. Kemarin buat buat kek buahan-buahan. Bila aku makan rasa buah limau yang lebih. Buah lain aku tak dapat rasa. Hahaha.
Tadaaaa. Ni la hasil dia lepas letak dalam oven. Bau memang sedap dah. Tapi bila rasa. Haha. Ehh, rasa jugak macam kek cuma kurenggg sedap dan tak nampak cantik.
Okay. Nanti nak cuba buat lagi.

Mak aku buat sikit saja. Buat banyak bukan habis pun. Larat nak makan kek hari-hari. Hihi.
Tadaaaa. Ni la hasil dia lepas letak dalam oven. Bau memang sedap dah. Tapi bila rasa. Haha. Ehh, rasa jugak macam kek cuma kurenggg sedap dan tak nampak cantik.
Okay. Nanti nak cuba buat lagi.
Badminton
Assalammualaikum.
Kemarin kawan aku yang pergi PLKN balik cuti CNY sampai minggu depan. Dah nak dekat sebulan lebih tak jumpak. Tapi rasa macam baru saja jumpa dia. Hehe. Sekejap sajakan. Mesti ada ada banyak cerita. Maybe.
Okay, aku nak cerita pasal permainan badminton. Keluarga aku suka main badminton. Aku pun suka main jugak. Tapi taklah sehebat Lee Chong Wei. Haha. Bila balik kampung sebelah mak aku selalu bawak raket badminton. Belakang rumah tu ada gelanggang badminton. So, bila balik sana mesti main. Buang kalori katakan. Haha. Tapi berat tak turun banyak mana pun. Hehe.
Aku pernah main dengan ayah aku. Dan aku tak pernahnya menang ==' Haha. Tambah-tambah bila ayah aku main ikut peraturan permainan badminton. Permainan badminton pun ada peraturan taw. Bukan boleh main ikut suka saja. Memandangkan aku ni bukan ahli Kelab Badminton aku tak ambil tahu pun sampai ayah aku sendiri yang ajar aku.
Aku tak tahulah dekat mana ayah aku belajar peraturan semua tu. Tapi aku rasa main ikut peraturan boleh buat aku jadi gila. Hahaha. Sebab dah biasa main ikut suka bila nak ikut peraturan aku jadi keliru. Mana tak boleh, mana yang boleh. Bila main ikut suka aku bedal saja. Haha. Tapi bila aku main dengan adik aku, akulah juara. Haha. Main dengan mak aku kadang-kadang aku menang, kadang-kadang aku kalah.
Tahun lepas masa aku trial SPM minggu nak akhir paper akaun aku balik kampung. Pastu sendi bahu mak aku terpisah sebab nak baling apa entah. Aku tak tahulah korang pernah dengar ke tak penyakit tu sebab terkeluar sendi tu jarang belaku. Lepas tu pergi hospital. Doktor bius tangan mak aku dan pusing bagi masuk balik. Macam anak patang bila terkeluar tangan. Wuuu. Mesti sakit. Sebab esok tu aku sekolah jadi kenalah balik. Trial pulak tu. Tapi mak aku tak boleh balik sebab nak kena pergi hospital esok tu untuk jumpak pakar tulang. So, malam tu aku, adik aku dengan ayah aku saja balik rumah. Mak aku tidur sana dengan kakak dia yang dari Hatyai. Esok tu lepas habis trial legalah then balik sekolah macam biasa. Lepas asar balik kampung ambil mak aku.
Sejak tu mak aku tak boleh main badminton macam selalu. Dekat bahu dia kadang-kadang sakit. Tapi lepas beberapa bulan mak aku nak main. Tapi taklah pukul kuat-kuat. Biasa-biasa saja. Mak aku masih tak boleh nak luruskan tangan ke arah atas. Tapi angkat barang boleh pulak. Lepas tu tukar ke Hospital Seberang Jaya buat fisiotherapy. Nasib baik jugaklah hanya tinggal satu paper akaun saja lepas tu. Kerja yang mak aku tak boleh buat aku kena buat.
Okay, mulanya ingat nak cerita pasal badminton saja. Tapi teringat pasal mak aku. Mak aku pun suka main badminton sebab tu masuk sekali cerita yang sakit tu. Hhee. Lagipun mak aku beli raket RM100+. Rugilah kalau tak main. Lol. Tapi kadang-kadang mak aku main tangan kiri sebab tangan kanan yang jadi tu.
See u later :)
Note : Lagi mahal raket lagi sedap main. Tapi kalau tak reti main tak ada guna.
08 February 2013
Setia Hujung Nyawa
Assalammualaikum.
Hi peminat setia drama Setia Hujung Nyawa.
Lepas ni dah tak boleh tengok Ersalina dengan Zain dah. Rindulah nanti. Lol. Macam Vanila Coklat. So, macam mana ending dia? Er, kenapa aku tanya? Sebab aku tak follow pun drama tu. Walaupun nak sangat tengok drama tu depan kaca tv tu. Selalunya aku tak terlepas pun tengok drama Melayu yang sweet sweet ni. Tapi kali ni drama Setia Hujung Nyawa aku tak boleh follow sampai habis.
Aku tak tahu kenapa slot Akasia start pukul 7 petang sampai 8 malam sekarang ni. Dan waktu macam tu dalam rumah aku ni tak boleh on tv. Sebab waktu tu dekat dengan waktu Maghrib. So, tak dibenarkan. Peraturan! Tengok yang online? Urghhhh. Tak puas kalau tengok yang online punya. Dah tu tak jelas macam yang dalam tv. Mula-mula aku follow jugak episode awal tu. Bila dah episode 5 ke atas aku stop follow. Ingat aku rajin sangat ke nak tunggu loading ==' Okay, tak apa. Aku boleh makan dengan berselera saja walaupun tak tengok drama tu. Hahaha.
Btw, nanti aku nak beli novel dia. Nak pinjam malu. Aku tak suka sangat pinjam barang orang ni. Sebab nak kena jaga macam jaga tuan dia. Lol. Baik aku beli sendiri memandangkan aku ni suka sangat baca novel. Tak kisahlah kan. Hihi.
Okay, see u later.
05 February 2013
DIY : Bookmark
Assalammualaikum.
Petang kemarin aku pergi belajar kereta lagi. Macam haritu jugak, pergi pukul tiga. Tapi kali ni balik lewat sikit. Minggu lepas balik pukul 5.30 petang. Kemarin balik pukul 6 petang. Tunggu ayah aku datang amik lamalah jugak. Tahu-tahu sajalah kalau pukul 6 petang. Jalan sibukkk. Masa aku belajar dekat jalan raya pun sibuk. Tapi chill. Hehe. Kemarin jugak aku belajar 2 jalan. Satu jalan A, satu jalan C. Alhamdulilah semuanya baik. Cikgu yang duduk tepi aku tu dari mula sampai nak balik cakap tak henti ==' Haha.Okay, back to title. Hari tu aku ada tengok youtube cara nak buat bookmark. Macam-macam cara yang boleh buat sebenarnya. Ikut kreativitilah. Nak guna apa pun. Aku tengok dalam satu blog ni, dia tunjuk cara nak buat bookmark monster. Tapi aku tak minatlah monster-monster ni. Hihi. So, aku guna cara yang sama tapi bukan buat bentuk monster.
Depan |
Belakang |
Boleh guna bucu atas |
Boleh jugak guna untuk bucu bawah |
Bahan yang aku guna: pembaris, pensel, gam UHU, gunting, kertas warna, sellotape transparent, sellotape bercorak, border aku recycle dan sampul surat. |
Cara-cara yang macam aku buat :
1. Gunting bucu sampul surut. Sebelum tu better ukur dalam mana-mana buku (bucu muka surat buku). Lepas gunting cuba masukkan bookmark tepi bucu. Kalau sesuai teruskan langkah seterusnya.
2. Nak buat bookmark korang keras sikit lekatlah kertas A4. Buat banyak kali pun tak apa.
3. Ukur kertas warna satu persatu dan gunting (macam yang aku buat)
4. Lekat satu persatu dan jangan lekat gam banyak sangat.
5. Sebelah belakang lekat sellotape bercorak
6. Guna sellotape transparent dan lekat depan dengan belakang untuk tahan lebih lama
Done :)
Note : DIY - Do It Yourself
03 February 2013
Nak belajar buat kek, piza dengan roti
Assalammualaikum
Tahun lepas mak aku daftarkan aku kursus buat kek ke piza atau roti aku tak ingatlah. Kursus tu hari Ahad. Masa tu aku sibuk dengan trial SPM sebab trial nak dekat dah so ada macam-macam program teknik menjawab apa semua. Aku ingatkan hari Ahad timetable free memandangkan kursus tu hari Ahad, tak ada program apa. Rupa-rupanya minggu tu hari Sabtu dengan Ahad ada teknik menjawab. Hehh. Memang terpaksa jugaklah lepaskan peluang pergi kursus tu. Demi SPM tak apalah. Hihi. Dah daftar dekat kawan mak aku tapi belum bayar bagi la.
Aku memang nak sangat belajar buat kek, piza dengan roti. Walaupun ada google atau majalah aku tetap nak tengok yang depan mata punya. Hehe. Dekat mana lagi ada kursus macam tu aku pun tak tahu nak cari.
Mak aku suggest dekat aku pergi kerja dekat mana kedai yang buat kek, piza atau roti. Sambil-sambil tu aku boleh cari pengalaman sementara tunggu result SPM keluar. Mak aku cakap jugak better pergi kerja terus dari pergi kursus. Walaupun penat kerja tapi duit masyuk pastu boleh belajar. Hehe. So, aku pun pergilah cari kedai yang jual kek, piza atau roti.
Hari Selasa haritu aku pergi Tesco dengan kawan aku. Memandangkan kawan aku ada yang kerja kat Tesco aku suruhlah dia teman aku. Dalam Tesco tu adalah kedai kek, roti dengan piza. Aku pun trylah tanya. Masa aku masuk tengok tu banyak je pekerja dia =,= . Nampak umur sebaya dengan aku pulak tu. Lepas tanya pekerja dia, dia kata supervisor kata dah tak nak ambil pekerja. Pastu masuk yang dalam Tesco pulak. Tanya dekat office dia. Lepas isi surat apa semua dia terus contact bahagian yang aku mintak tu. Dia kata bahagian yang aku mintak tu dah full. Erghhhh ! Lepas tu dia kata dia nak laki saja. Aku pun balik sajalah. Tunggu apa lagi. Nak cakap kecewa tu taklah kecewa sangat cuma aku nak belajar buat kek, piza dengan roti saja. Kalau tak dapat kerja aku boleh pergi kursus. Tapi entah nak cari dekat mana kursus tu. Tak nampak pun ruang iklan kat mana-mana tiang pun. Lol.
Haritu buat piza dengan mak aku. Memang nampak sedap habis walaupun belum masak. Haha. Lepas tu letak dalam microwave. Entah macam mana tak tahu nak agak dia punya time jadi garing semacam saja. Hahaha. Makan yang bahagian tengah okaylah jugak. Hehe. Tak apa. Orang cakap percubaan kali pertama tak menjadi buat sekali lagi. Nanti dah lama-lama buat jadilah. Hehehe.
Okay. See u later :)
02 February 2013
Cerita mula-mula guna komputer
Assalammualaikum
Zaman aku kecik-kecik dulu umur darjah empat lima tak tahu pun apa itu internet tapi aku selalu tengok ayah guna komputer . Masa tu tak ada lagi lappy lagi . Komputer pun jenis monitor dia besar. Tapi sekarang , adik aku yang darjah dua pun dah pandai main game dekat lappy pulak tuh. Okay. Bila darjah empat atau lima baru aku guna komputer tapi tak tahu guna internet. Aku tahu guna paint. Lukis gambar bungalah, keretalah, oranglah tapi semuanya buruk. Haha. Satu lagi micosoft word. Lepas tu up sikit, dah tahu guna internet sebab ayah aku ajar. Masa tu aku ayah aku langgan ke apa entah untuk jawab soalan macam-macam subjek (UPSR). Laman web tu pun aku dah lupa.
Tapi bila dah bosan datang aku print lagu. Hah, dah ada print, habiskan ink print lagu-lagu pulak. Lepas print lekat dalam buku log. Saja suka-suka . Rasa macam hobi pulak. Buku lirik lagu tu ada sampai sekarang tahu. Ahaha. Tapi umur time tu dah darjah enam. Lepastu saya main game barbie yang tukar-tukar baju tu. Terserlah kebudakkan disitu. Lol. Main tak jemu pulak tu . Time tu aku duduk rumah flat . Duduk flat memang bosan. So, aku main game dalam rumah saja. Adik-adik aku main playstation. Jadi tak adalah nak berebut komputer dengan aku. Hikhik. Penuh cd game dekat rak tv. Terus terang aku cakap, masa duduk flat aku tak ada langsung kawan yang selalu boleh aku sembang. Tapi cuma sekadar sapa tu adalah.
Bila dah darjah enam tu mulalah ada Myspace. Zaman kegemilangan Myspace. Tak online tak sah. Hahaha. Sambil-sambil tu online Frindster. Actually saya register Myspace dulu lepastu Friendster. Mulalah kenal dia tu dia ni. Sampai sekarang ada yang saya masih contact. Tapi sorang dua sajalah .Asyik Myspace saja aku mulalah naik bosan. Lepas tu register blog . Dah ada blog aku tak aktif sangat sebab time tu tak banyak sangat yang ada blog. Kalau ada pun umur tak sebaya aku. Nak edit blog pun aku tak tahu sangat time tu sebab tak banyak blog sediakan tutorial macam sekarang.
Masa tu jugak aku sign up fesbook. Tapi tak popular langsung. Sampaikan kawan aku cakap fesbook tu untuk orang dewasa memandangkan masa tu umur aku baru 13 tahun. Haha. Sekarang ni tua muda dah ada fesbook. Lepas tu bila nak buat header blog aku guna photobucket. Edit dekat situ. Sebab masa tu aku tak tahu guna photoshop apa semua. Bila dahup sikit buat tutorial pastu sambil-sambil tu belajar guna photoscape dengan photoshop. Aku belajar photoshop dekat blog Wan Hazel.
Okay, panjang lebar aku cerita. Maybe ada bahagian II. Haha. See u later.

01 February 2013
Minat baca novel
Assalammualaikum.
Seingat aku masa aku darjah empat atau lima aku mula baca buku tebal seakan novel. Dulu masa sekolah rendah aku jadi pengawas pusat sumber. Entah macam mana boleh jadi aku pun tak ingat. Tapi best jugak. Hehe. Boleh masuk library setiap hari. Bila masuk aku selalu cari buku dalam 50-100 muka surat. Dekat situlah aku mula minat nak baca macam-macam buku tambah buku cerita. Tapi aku tak baca novel. Sebab masa tu aku tak didedahkan lagi dengan novel. Lagpun dalam library sekolah rendah susah sangat nak jumpak novel. Aku suka pinjam buku pasal cerita misteri. Ada yang bersiri ada yang tak bersiri. Aku pun tak tahulah kenapa aku suka buku cerita pasal misteri. Minat sangat. Btw, buku yang aku baca tu aku akan tulis dalam buku nilam tapi tak adalah sampai dapat anugerah. Hehe.
Bila naik sekolah menengah aku suka baca buku keluaran dari PTS. Memang banyak yang best dan sesuai untuk umur macam aku waktu tu. First time buku yang paling aku minat karya Aizam Aiman. Ada empat siri tapi aku baca tiga siri saja. Bila cari dekat mana-maa kedai, susah sangat nak jumpak. My Angle > My Hero > My Secret > My Memory. In Shaa Allah walaupun umur dah 18 tahun aku nak beli jugak siri yang aku tak baca lagi. Hehehe. Itupun kalau ada jual lagilah. Sebab buku nilah yang pertama paling aku suka mula-mula aku masuk sekolah menengah. Sekolah rendah aku tak ingat. Lol.
Bila dah umur 14-15 tahun aku mulalah baca buku yang ada cinta cintun. Aku baca novel kali pertama aku rasa macam tak percaya saja. Haha. Sebab aku baca novel yang beratus muka surat. Masa tu jakun lagilah. Lol. Bila dah lama tu dah biasalah. Sekarang ni bila tengok novel tebal dengan tak tebal aku tak kisah dah. Dulu aku kisah sebab boleh ke aku baca novel tebal ? Boleh ke aku faham cerita dia dari mula sampai akhir ?
Sampailah tiba suatu hari tu. Aku beli novel. Baca sampai tak sedar aku tak makan. Mak aku pun tegur. "Baca novel pun boleh kenyang!" Lol. Mak aku kata lebih kurang macam tulah. Punya ralek baca novel sampai terlupa makan. Alah, macam orang main gamelah. Lepas tu mak aku beritahu yang dulu ayah aku pun suka baca novel. Lol. Terkejut aku. Haha. Selama ni aku tak pernah tahu pun yang ayah aku suka baca novel dulu. Sebab aku tak pernah tengok pun ayah aku baca novel. Tapi ayah aku kerap pinjam buku dekat library Seberang Jaya. Buku apa yang ayah aku pinjam aku tak ingatlah tapi bukan novel rasanya pasal sains dll. Ayah aku baca novel masa umur dia muda-muda dulu. Haha. Jiwang? Lol. Tapi lepas dia langgan / download melalui internet aku tengok dia dah jarang pergi. Ayah aku suggest dekat aku baca tajuk Seorang Tua di Kaki Gunung. Manalah aku nak cari buku lama tu. Ayah aku kata dia suka sangat novel tu. Satu lagi novel yang ayah aku suggest aku tak ingat tajuk apa.
Sekarang ni banyak koleksi novel yang aku dah ada. Paling mahal novel yang aku beli novel Twilight. Itu pun baru dua siri. Nanti bila aku dah kerja aku nak beli lagi dua siri. Siri yang aku ada Twilight dengan New Moon. Yang belum ada Eclipse dengan Breaking Dawn. Aku rasa baca novel best lagi dari tengok yang film. Hehe. Btw, aku lebih suka novel yang macam misteri, seram, aksi, fantasi berbanding novel cinta walaupun aku rasa lebih banyak novel sekarang ni sweet dengan romantik berbanding novel misteri apa semua. Sometimes bila baca novel cinta ni aku rasa jalan cerita nak sama saja. Gaduh > kahwin paksa > sweet > gaduh > ending ! Haha. Tapi aku bacalah jugak novel cinta ni cuma bila diberi pilihan aku lebih suka pilih yang macam novel misteri apa semua tu. Tapi kawan aku semuanya tak minat novel misteri apa semua tu. Haha.
Baca novel ni salah satu hobi aku. Pernah sekali tu aku baca novel minggu nak exam Bahasa Melayu tingkatan 2 ke 3 aku tak ingat. Dan markah BM aku naik mendadak. Sampai sekarang aku ingat lagi waktu tu. Haha. Baca novel ni ada baiknya ada buruknya. Mungkin aku akan update entry pasal baik dan buruk baca novel berdasarkan apa yang aku rasa. Okay. Panjangnya entry ni. Syok menaip sampai tak sedar dah berapa perenggan aku taip. Lol. See u later.