About

Dashboard Follow Homeland

20 February 2013

Today's stories


Assalammualaikum.
Pagi tadi aku teman mak aku pergi kedai insurans. Nak renew pasport ke permit ke aku pun tak tahulah untuk pekerja mak aku. Tunggu punya lama wehhh. Padahal bukan ada orang pun. Erghhh! Lambat betul buat kerja. Lepas tunggu lama sangat mak aku cakap dekat dia nak balik dululah. Bila dah siap pergi ambil.

Hari ni aku ada latihan tambahan kereta. Nak buat untuk tambahan moto tak pergi pun. Nak test hari Jumaat ni. Maybe esok pagi aku pergi. Nak pegi petang takut tak sempat nak buat sebab aku ada tambahan kereta lagi. Hehh! Penat! Tadi aku pergi dalam pukul 3.30 petang. Dalam jadual pukul 3.00 petang. Tapi aku dah agak dah. Kalau datang pukul 3.00 petang pun kan nak kena tunggu pukul 3.30 petang baru nak start. So, aku pegi 3.30 petang. Hehe. Tunggu sekejap saja then cikgu panggil.

Bila buat parking dengan penjuru tu okay la jugak. Aku lemah dekat bukit tu. Risau takut fail masa test JPJ nanti. Tapi harap-harap tak fail la. Yang jalan raya punya pun okay. Cikgu duduk sebelah aku tu nampak saja diam tapi cakap banyak. Haha. Ada saja yang dia nak sembang. Cakap punya cakap dia kenal dua orang kawan aku. Lol. Sepupu aku pun dia kenal. Sebab dia pernah ajar dyorang. Hehe.

Lepas habis tu nak buat tambahan motosikal. Tapi aku tengok ramai saja orang. Dah tu ada kawan sekolah rendah aku pulak. Tak jadi aku nak pegi. Hehe. Balik tu ayah aku ambil. Pastu keluar lagi. Pegi makan pulak. Masa tu jugak orang insurans tu call cakap kertas tu dah siap. Haiiyaaa. Pagi pegi, petang baru siap --'. Nasib baik tak pegi tunggu dekat kedai dia. Tapi mak aku dah agak dah. Mesti lambat punya siap. Aku tengok mak aku uruskan dokumen apa semua. Naik pening kepala aku. Haha. Nak siapkan atau renew pasport atau permit ingat senang ke. Kena pegi sana sini.

Okay, stop cerita untuk hari ni. See u later :)

No comments: