About

Dashboard Follow Homeland

01 February 2013

Minat baca novel

Assalammualaikum.
Seingat aku masa aku darjah empat atau lima aku mula baca buku tebal seakan novel. Dulu masa sekolah rendah aku jadi pengawas pusat sumber. Entah macam mana boleh jadi aku pun tak ingat. Tapi best jugak. Hehe. Boleh masuk library setiap hari. Bila masuk aku selalu cari buku dalam 50-100 muka surat. Dekat situlah aku mula minat nak baca macam-macam buku tambah buku cerita. Tapi aku tak baca novel. Sebab masa tu aku tak didedahkan lagi dengan novel. Lagpun dalam library sekolah rendah susah sangat nak jumpak novel. Aku suka pinjam buku pasal cerita misteri. Ada yang bersiri ada yang tak bersiri. Aku pun tak tahulah kenapa aku suka buku cerita pasal misteri. Minat sangat. Btw, buku yang aku baca tu aku akan tulis dalam buku nilam tapi tak adalah sampai dapat anugerah. Hehe.

Bila naik sekolah menengah aku suka baca buku keluaran dari PTS. Memang banyak yang best dan sesuai untuk umur macam aku waktu tu. First time buku yang paling aku minat karya Aizam Aiman. Ada empat siri tapi aku baca tiga siri saja. Bila cari dekat mana-maa kedai, susah sangat nak jumpak. My Angle > My Hero > My Secret > My Memory. In Shaa Allah walaupun umur dah 18 tahun aku nak beli jugak siri yang aku tak baca lagi. Hehehe. Itupun kalau ada jual lagilah. Sebab buku nilah yang pertama paling aku suka mula-mula aku masuk sekolah menengah. Sekolah rendah aku tak ingat. Lol.

Bila dah umur 14-15 tahun aku mulalah baca buku yang ada cinta cintun. Aku baca novel kali pertama aku rasa macam tak percaya saja. Haha. Sebab aku baca novel yang beratus muka surat. Masa tu jakun lagilah. Lol. Bila dah lama tu dah biasalah. Sekarang ni bila tengok novel tebal dengan tak tebal aku tak kisah dah. Dulu aku kisah sebab boleh ke aku baca novel tebal ? Boleh ke aku faham cerita dia dari mula sampai akhir ?

Sampailah tiba suatu hari tu. Aku beli novel. Baca sampai tak sedar aku tak makan. Mak aku pun tegur. "Baca novel pun boleh kenyang!" Lol. Mak aku kata lebih kurang macam tulah. Punya ralek baca novel sampai terlupa makan. Alah, macam orang main gamelah. Lepas tu mak aku beritahu yang dulu ayah aku pun suka baca novel. Lol. Terkejut aku. Haha. Selama ni aku tak pernah tahu pun yang ayah aku suka baca novel dulu. Sebab aku tak pernah tengok pun ayah aku baca novel. Tapi ayah aku kerap pinjam buku dekat library Seberang Jaya. Buku apa yang ayah aku pinjam aku tak ingatlah tapi bukan novel rasanya pasal sains dll. Ayah aku baca novel masa umur dia muda-muda dulu. Haha. Jiwang? Lol. Tapi lepas dia langgan / download melalui internet aku tengok dia dah jarang pergi. Ayah aku suggest dekat aku baca tajuk Seorang Tua di Kaki Gunung. Manalah aku nak cari buku lama tu. Ayah aku kata dia suka sangat novel tu. Satu lagi novel yang ayah aku suggest aku tak ingat tajuk apa.

Sekarang ni banyak koleksi novel yang aku dah ada. Paling mahal novel yang aku beli novel Twilight. Itu pun baru dua siri. Nanti bila aku dah kerja aku nak beli lagi dua siri. Siri yang aku ada Twilight dengan New Moon. Yang belum ada Eclipse dengan Breaking Dawn. Aku rasa baca novel best lagi dari tengok yang film. Hehe. Btw, aku lebih suka novel yang macam misteri, seram, aksi, fantasi berbanding novel cinta walaupun aku rasa lebih banyak novel sekarang ni sweet dengan romantik berbanding novel misteri apa semua. Sometimes bila baca novel cinta ni aku rasa jalan cerita nak sama saja. Gaduh > kahwin paksa > sweet > gaduh > ending ! Haha. Tapi aku bacalah jugak novel cinta ni cuma bila diberi pilihan aku lebih suka pilih yang macam novel misteri apa semua tu. Tapi kawan aku semuanya tak minat novel misteri apa semua tu. Haha.

Baca novel ni salah satu hobi aku. Pernah sekali tu aku baca novel minggu nak exam Bahasa Melayu tingkatan 2 ke 3 aku tak ingat. Dan markah BM aku naik mendadak. Sampai sekarang aku ingat lagi waktu tu. Haha. Baca novel ni ada baiknya ada buruknya. Mungkin aku akan update entry pasal baik dan buruk baca novel berdasarkan apa yang aku rasa. Okay. Panjangnya entry ni. Syok menaip sampai tak sedar dah berapa perenggan aku taip. Lol. See u later.

No comments: