About

Dashboard Follow Homeland

11 April 2018

My Favourite KDrama


Cheese In the Trap

Untuk student sekolah rendah dengan sekolah menengah nak tahu student life dekat universiti atau kolej, aku suggest tengok drama Cheese In The Trap. Boleh dikatakan 70% drama tu tunjuk student life yang betul. Bila aku tengok drama tu rasa macam realiti time aku study dekat u. Ada scene nak register subject, class by using system. Kena masuk lecturing class, group assignment . Masa group discussion ada tunjuk ahli yang pemalas nak buat assignmnt.Untuk Presentation ada yang tak dapat present, lepas tu test, submit assigmnt etc. 

Dalam drama tu jugak tunjuk scene dekat cafe. Library. Memang rasa realiti student life lah kalau tengok drama ni. Dengan kawan2 lagi. Crush lagi. Haha. Yang aku rasa tak sama tu pasal scholarship yang Seol dapat. Maybe tak sama macam Malaysia. Usually student akan ambik PTPTN. Yang biasiswa pun rasa all semester akan ditanggung. Tapi yang drama tu ikut semester. Kat situ dapat tengok Seol kena strugle, study hard, study smart untuk score dalam exam every semester to get scholarship. Ha, kat situ jugak korang akan dapat tengok betapa susahnya nak score exam untuk dapat dean list. Lepas tu Seol tinggal sewa bilik. Macam you all nanti kalau pihak u tak sediakan kediaman memang korang perlu sewa rumah.

Dekat Malaysia selalunya sewa rumah. Duduk dalam 6-8 orang. Lepas tu, Seol ni ada jugak buat kerja part time. Memang letih kan. Aku teringin jugak buat part time sambil belajar tapi tak mampu. Nanti aku tak boleh fokus. Hehe. Em, lepas tu pasal orang sekeliling masa dekat u. Ada kawan baik, ada kawan jahat, ada yang jatuh hati, macam2 lagilah. Drama ni one of my fav korean drama. So u must watch it. Memang best. 







No comments: