27 February 2013
Alhamdulilah. Sudah dapat lesen P.
Assalammualaikum.
Syukur sangat sebab dah lepas dah ambil lesen. Aku ambik lesen B2 dengan D. B2 tu tu motosikal dan D tu kereta. Start pegi tengah bulan 12 tahun lepas. Dengar ceramah, ambil ujian komputer, dengar teori, praktikal, buat latihan seterusnya, ujian kelayankan, buat tambahan dan test JPJ. Banyak kali jugaklah pegi I.D.I tu. Sampai tak larat nak pegi. Hehe.
Alhamdulilah aku tak payah buat apa-apa ulangan. Kalau ulangan nak kena bayar lagi. So, buat betul-betullah. Mula-mula gementar nak jawab ujian komputer tu. Hari nak jawab ujian komputer tu kan, aku punyalah takut. 500 soalan. Kena lulus 42/50. Dapat bawah 42, gagal dan kena buat lain. Kena bayar ke tak aku tak tahulah. Sebab aku tak gagal. Masa nak buat ujian komputer tu kan, tunggu giliran punya laaaaaaaaaah lama. Tapi nak jawab sekejap saja. Pukul 8 lebih pegi, pukul 12 tengahari baru balik ==' . Lepas dah habis jawab dapat terus keputusan. Yahoooo! Lulus 45/50!
Minggu seterusnya dia bagi tarikh sekian-sekian yang aku kena pegi untuk dengar teori motosikal lepas tu praktikal. Sambung pulak dengan teori kereta pastu praktikal. Dekat situ saja aku nak kena pegi empat kali. Nak combine pun boleh tapi disebabkan aku tak nak pegi waktu pegi sebab tu dia tak bagi.
Habis semua tu dapatlah lesen L. Tapi tak pernah lekat pun. Haha. Ayah aku kata tak payahlah beli. Nak guna sebulan saja pun. Lol. Tapi aku tak adalah naik motosiakal pegi jauh. Kereta kalau L memang tak boleh. Sepanjang sebulan tu aku pegi buat latihan kereta dengan motosikal. Setiap kali tu jugaklah mak atau ayah aku yang akan hantar dengan ambil bila dah habis latihan dekat I.D.I. Nak pegi dengan agency malaas aku. Nak kena tunggu lama. Cuma mula-mula saja aku pegi dengan agency.
Dah habis buat latihan buat pulak ujian kelayakan. Aku orang last dia nak uji. Tahu-tahu sajalah mood macam mana. Maybe sebab letih sama kut. Penguji yang aku dapat garang jugak tapi sempat lagi dia buat lawak. Haha. Habis tu lega sangat sebab lulus. Esok tu pulak aku buat motosikal. Aku kena time hujan rintik-rintik. Bila nak habis tu terus hujan lebat. Lembab baju aku. Motosikal pun lulus jugak.
Minggu seterusnya, minggu lepaslah. Hehe. Aku buat pulak test JPJ. Kereta dengan motosikal. Pegi pukul 8 pagi. Balik pukul 4.30 petang. Fuhhhhh! Tapi dalam pukul 12 tengahari tu dyorang berhenti sebab solat Jumaat. Pukul 2.30 petang sambung balik. Motosikal giliran 12. Tapi disebabkan aku dengan beberapa orang yang lain double test *test kereta dengan motosikal* dia bagi kami buat dulu. Argghh ! Nak kena buat awal-awal. Dah la time tu kecut perut semua ada. Sempat lagi aku pegi toilet. Haha. Aku orang ketiga. Masa buat tu aku cuba control takut, gementar, risau, kecut perut apa semua. Haha. Alhamdulilah lulus. Cuma aku silap dekat brek kecemasan. Sebab aku tak reti nak break kuat-kuat.
Lepas dah habis buat motosikal terus pegi daftar buat kereta pulak. Mula-mula buat naik bukit, parking dengan tiga penjuru dulu. Lepas tu tunggu untuk buat bahagian jalan raya pulak. Tapi disebabkan dah pukul 12 tengahari dyoragn pun berhenti. Aku call ayah aku. Ayah aku datang ambil. Aku nak balik rumah jugakkk. Penat woo! Pegi pulak dalam pukul 2.30 petang. Ada jugak yang tak balik. Sanggup dyorang tunggu.
Ingat bila pegi tu terus test. Tapi kena tunggu lagi. Rupa-rupanya orang yang double test tadi tu orang yang last. Erghhh! Motosikal terlebih awal dan kereta giliran last. Masa buat tu tahu-tahu sajalah aku ni. Takut apa semua ada. Syukur lulus jugak.
Untuk motosikal bahagian yang paling aku risau masa nak jalan atas titi simen tu dengan brek kecemasan. Pernah sekali aku tak dapat imbangkan motosikal, tayar tu turun dari titi tu. Brek kecemasan tu asyik tak nak bunyi saja. Sebab aku takut nak brek kuat-kuat. Hihi. Untuk kereta bahagian yang paling aku risau masa nak jalan atas bukit tu. Masa latihan adalah sekali dua kereta turun belakang balik. Haha. Syukur lah masa test semuanya lulus.
Saat paling cemas hari aku buat praktikal kereta. Masa aku buat praktikal dekat parking kan tetiba ada kereta I.D.I terbakar. Kereta tu tak jauh dari kereta yang aku tengah drive. Masa aku belajar pulak kan, cikgu biar aku buat sorang-sorang. Cemas betul. Pastu cikgu pegi dekat aku suruh aku u-turn. Panik sangat enjin mati. Nasib baik boleh jugak, kalau tak boleh memang aku nak turun pastu suruh cikgu drive. Lepas berhenti, cikgu suruh aku tunggu dekat tempat penguji duduk tu. Aku pun duduklah situ sambil tengok kereta tu terbakar. Mula-mula dia berasap dekat depan. Aku tengok ada api bawah kereta jatuh. Makin lama makin terbakar kereta sampai belakang. Habis satu kereta. Masa tu jugak dua buah bomba datang. Api tu nak sambar pulak pook sebelah tu. Yang tengah belajar tu lelaki. Sama umur dengan aku. Masa aku tunggu dekat situ, dia pun datang dekat tempat tu. Dia sembang apa dengan aku entahlah, tak ingat. Alhamdulilah lah dia dengan cikgu dia selamat. Cikgu aku cakap kali pertama kes tu berlaku dekat situ.
So, hari ni aku pegi ambil lesen P dekat agency. Yeahhhh! Tak perlu lagi pegi ke sana. Semasa dalam tempoh ambil lesen tu adalah aku kenal dengan orang baru. Ada yang contact. Seriously aku cakap. Nak ambil lesen ni guna banyak masa lepas tu kena sabar banyak. Haha. Mana tak nak, nak buat sekejap saja tapi nak kena tunggu giliran tu punyalah lama.
Lepas pegi ambil lesen dekat agency aku mesej ayah aku suruh beli pelekat P tu. Dekat rumah aku ada motosikal ayah aku dengan motosikal mak aku. Satu kereta Kembara dan satu lagi Hilux. Ayah aku beli satu set untuk motosikal dan satu set untuk kereta. Aku drive kereta Kembaralah nampaknya. Sebab Hilux tu dah la besar pastu baru beli. Ayah aku bukan bagi aku drive lagi sebab aku baru dapat lesen. Hehe.
Cikgu yang ajar aku selalu pesan dekat aku, "Naik kereta mata kena liar. Sikap pemandu semuanya tak sama." Ayat tu selalu dia cakap kat aku.
Okay, see u later :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Awak amik ujian komp kat mana eh
Dekat seberang jaya. Agent yg bawa ke tmpt test computer tu.
Post a Comment