About

Dashboard Follow Homeland

16 November 2013

Lampu decorate bilik


Assalammualaikum.
Minggu lepas aku pegi Bangkok. Jalan-jalan dekat sana. First time aku pegi weh. Aku nak cerita memang panjanglah. So, aku cerita sikit-sikit okay. Hihi. Sebelum pegi Bangkok aku duduk rumah memang bosan sangatlah. Tak tawu nak buat apa.. Lepas tu fikir-fikir nak decorate bilik tidur aku memandangkan tu salah satu hobi aku. So, aku tengok dekat instagram. Terjumpa lampu bilik dan macam-macam lampulah. Aku teringinlah pulak dengan lampu bebola benang. Aku nak beli. Cara dekat area tempat aku tinggal tak jumpa pon. Beli online rasa macam emmm.., better pegi beli terus dekat kedai sebab boleh cek.

Lepas tu mak saudara aku cakap nak bawak aku jalan-jalan dekat Bangkok sebab nak hantar anak dia masuk universiti dekat sana. So, aku pon pegilah jalan-jalan dekat sana. Sepupu aku bawak aku pegi Chatuchak. Jalan-jalan jumpa lampu yang aku nak beli tu. 100 bath bersamaan RM 10 sahaja wehhh. Ada yang sama yang aku tengok dalam online. Panjang aku tak ingat, sama ada 3 atau 3.5 meter.Tapi banyak jenis lagilah. Aku tengok yang online ada yang jual RM 35 dan ke atas.. Ada macam-macam jenis bentuk. Aku beli dua. Satu letak bilik aku satu lagi letak bilik adik aku.

Bukan gerai ni saja jual.. Banyak lagi gerai yang jual. Harga sama jugak.

Macam-macam jenis ada. Aku pilih yang simple saja.

Actually benang warna merah jambu :)

Aku letak lampu ni dekat rak buku bilik tidur aku.

Okayyy. Bye ^.^

Bread History 2013

Assalammualaikum.
Fuh fuh fuh *tiup habuk blog ni*
Sebulan lebih aku tak update blog. Bila rasa nak update aku tak tawu nak update apa. Tinggalkan saja blog. Serius rasa jugak rindu dengan blog ni. Hehe. Tambah pulak aku dapat kerja dekat Bread History. Memang tak sempatlah nak update blog apatah lagi blogwalking.
Meh sini aku ceritakan dari A sampai Z,
18 April aku pegi cari kerja dengan kawan aku. Hari yang memenatkan jugak. Merata kami pergi cari kerja. Pegi Tesco Seberang Jaya. Ada banyak yang tulis jawatankosong. Tapi tak call pun. Harap jeh bagi number apa semua. Meronda sampailah jumpak classmate aku. Dia datang nak makan KFC. Pastu bagitawulah dia kami ni tengah cari kerja. Dia pun suggestlah pegi tanya dekat Bread History Sunway Perdana yang baru bukak tu.
Lepas dah pegi tu kami pun pegi la Bread History Sunway Perdana tu. Cakap ada tak jawatankosong. Dia cakap sini tadak, tapi dalam Sunway Carnival Mall ada. Dengan perasaan hampa keluar dari kedai tu. Seriously rasa susahnya nak cari kerja. Dengan langkah laju masuk Sunway. Terus cari kedai tu. Lepas tu ada Cina ni bagilah keterangan apa semua pasal kerja. Syukur dapat.
Esok tu jugak kami berdua boleh start kerja. Horeyy. Haha. Sebelum balik tu aku tengok-tengoklah kedai tu. Ada dua bahagian. Satu untuk cafe, satu untuk beli roti. Bahagian depan ramai dengan pekerja perempuan saja. Bahagian cafe ada 2 orang lelaki saja aku tengok yang serve. Seriolsy, aku rasa macam pernah tengok 2 orang laki tu. Haha. Pastu balik.. Rasa lega sangat. Balik tu aku post dekat wall cakap dapat kerja. Pastu kawan aku sorang nih pun nak jugak kerja. Dia pergi Sunway terus. Dia pun dapat jugak kerja.
Sebenarnyakan, ibu dengan ayah aku bukan suka sangat aku kerja. Aku tak tawulah kenapa. Adalah sebabnya. Tapi aku pujuk jugak cakap nak kerja. Hehe. Nasib baik ibu dengan ayah aku bagi. Sebelum ni aku dapat kerja dekat Bandar Perda. Kedai pakaian sekolah *Kedai Wahab*. Ayah dengan ibu aku memang tak bagi. Jauhlah, gaji sikitlah. Macam-macalah. So, aku pun ikut sajalah cakap mereka tak kerja dekat situ. Tapi nasib baik dekat Bread History ibu dengan ayah aku bagi pegi. Sebab kerja Bread History boleh lagi tambah banyak pengalaman. Belajar apa yang patut. Kalau kedai baju, susun baju sajalah.

11 October 2013

Infected burn

Assalammualaikum.
Hi guys ^.^
Final exam dah habis. Bolehlah horeyyhoreyy sikit. Hihi. Actually tak adalah horey sangat sebab habis final exam aku pegi hospital. Teman adik aku sebab dia kena tahan dekat wad. Infected burn? Sakit apakah?

Nak dijadikan cerita... kuah sup nasi ayam yang baru keluar dari periuk tu tertumpah atas dia. Tertumpah pulak atas dia punya tu. Err.. Kemaluan dialah, lepas tu dekat sebelah peha kiri kanan. Masa kena tu aku tak ada sebab aku ada dekat kolej. Hantar pegi H. Seberang Jaya. Lepas tu hospital tu hantar ke H. Pulau Pinang. Lepas tu aku pegi la lawat dia. Kesian aku tengok T_T Dia sakit. Kencing pun guna tube.

Dua malam duduk pastu mintak balik. Lepas balik rumah dua hari dia kencing sakit.., rasa pedih sangat. Sampai nanges2 T_T. Lepas tu pegi jumpa doktor tu balik. Doktor tu suruh duduk hospital balik. Lepas tu duduklah dia dekat situ. Aku habis saja exam terus pegi hospital. Teman dia. Pengalaman baru.

First time aku tidur dekat hospital. Hehe. Masakan semua tawar -,- Memang tak lalulah aku nak makan. Adik aku ni dia kena duduk dalam bilik. Bilik tu 3 katil saja ada. Masa aku masuk tu 2 kosong. Memang adik aku sajalah duduk situ. Econ dia..gilaaaa sejuk. Sampai tak boleh tidur aku malam tu. Bayangkan 18 celcius. Lepastu hujan lebat lagi malam tu. Aku pakai baju 5 lapis pun duk sejuk lagi -,- Selimut pun sejuk jugak. Huaaaaa. Tak boleh tidur malam tu. Yang aku peliknyaaa, sedap je adik aku tidur. Badan dia tak sejuk pulak tu. Aku tidur atas kerusi je weh. Alaaah, kerusi malas tu lah. Sebenarnyakan.. aku pun takut jugak malam tu. Hehe. Rasa seram pun ada. Sejam aku tidur mesti terjaga... pastu tidur balik.

Nurse akan cuci adik aku punya tu 2 kali sehari. Lepas tu kerap datang ambik suhu badan dengan pam darah. Lepas tu dalam pukul 8 tu ada nurse datang tukar cadar atau apa2 yang kotor. Lepas tu ada pakcik datang sapu bilik tu. Lepas tu ada pulak orang hantar makanan. Sepanjang aku teman adik aku dekat situ memang tidur tak cukuplah. Lepas  dah keluar tu balik rumah. Aku tidur puas2. Haha. Dah nak dekat 2 minggu. Adik aku dah sihat. Dia kencing pun dah tak sakit macam sebelum ni.

Lepas balik rumah tu ayah aku cerita.. Dalam bilik tu ada bilik air. Memang besar. Tapi untuk mandi sahaja. Ayah aku cakap dulu bilik air tu tempat mandikan mayat. Aku taknak pegi dah bilik tu. Haha. Kalau kena tahan dalam wad tu memang aku tak akan pegi la wehhh. Takut aku dengar sejak2 ayah aku cerita. Ayah aku taknak cerita awal2. Saja la tu takut aku taknak teman adik aku kalau aku tawu. Haha. Tapi lama dah. Bilik tu dah renovate banyak dah.

Sekarang ni dah seminggu lebih balik. Luka dia pun dah okay. Kencing pun dah tak sakit. Cuma ada parut. Parut tu boleh hilanglah kut. Ehh bukan orang nampak pun. Heeee. Uhuk. Takat ni sajalah ceritanyaaa. Haha. Panjang eh?


Okayyy. Bye ^_^

02 September 2013

#1


Assalammualaikum.
Tengok picture atas ni. Nampak macam buah right? First time aku tengok makanan ni pun nampak macam buah tapi kenapa comel-comel pastu kecik pulak. Hehe. Ekceli ni bukan buah tapi boleh dikategorikan sebagai pencuci mulut. Aku dah penah rasa. Rasanya manisss. Dalam tu ada kacang. Kulit yang menutup kacang tu agar-agar. Aku tak tawulah makanan ni ada ke tak dekat Malaysia. Sebab aku beli dekat Siam.