About

Dashboard Follow Homeland

10 April 2016

Drama Melayu


Assalammualaikum semua.
Aku sejak duduk rumah ni kan, keja kedua aku download drama. Maklumlah masa dekat u dulu takda tv. Nak tengok pun kena download. Huhu. Kalau drama korea banyaklah jugak. Yela boleh tukar-tukar dengan kawan. Tapi tak banyak drama melayu yang dyorang tengok. So bila tanya pasal artist yang baru sejak kebelakangan ni aku tak berapa kenal. Baca paper pun kurang. Haha. Memang aku tak update langsunglah pasal artist dekat Melaysia ni. Ada pun aku tengok dekat twitter, fesbuk and social media yang lain. Aku jugak jarang online fesbuk time dekat u dulu. Itu yang kurang tahu sangat. Balik rumah time cuti semester pun aku kerja.. So bilanya aku dapat follow drama melayu dekat akasia or whatever..

Kawan aku adalah jugak download drama melayu. Aku tengok pun kejap je sebab tak minat dengan pelakon baru sekarang ni. Lakonan dyorang tak mantap langsung. Sebab tu aku lebih tengok korean drama. Haha. Bukan nak banding ke apa.. Tapi memang bagi aku pelakon korea bila berlakon memang mostly best. 

Tapi bagus jugaklah pelakon Malaysia ni, sebab dyorang tak plastik. Artists korea ni boleh dikatakan semua plastik. Hehe.,

Aku malas nak tengok sebab kebanyakkan drama adaptasi dari novel. Tahu tahu sajalah bila dah adaptasi ni macam mana kan. Asyik jalan cerita yang  sama jee. Cuma olah sikit. Bosan tawu takk. Benci > kawin paksa > gaduh manja > sweet > orang ketiga > happy ending. Boleh dikatakan banyak cerita macam tu. Yang nak bagi impak besar pun bergantung pada pelakon tu.

Okay then, bila tengok drama korea je rasa macam tak support langsung drama melayu pulak.  Then aku cuba tengok drama melayu sejak duduk dekat rumah ni. Haha. Tak follow dekat tv sebab aku malam nak tunggu time dyorang tu.,haha. So habis je cerita tu aku tengok review. Bila banyak comment cakap best aku akan download. 

09 April 2016

Saya dah free

Assalammualaikum. Hi.. Rasa besar sangat spek tu. Ahaha. So, bulan 4 aku dah start free. Takda jadual aku yang terganggu. Bila ingat balik lah kan, bulan tiga kemain sibuk aku. Mana taknya, ada MUET, praktikal, report bagai. Memang mencabar kesabaran aku sangat-sangat. Kena lalui banyak jugak rintangan. Dengan rasa nak bercuti dengan family lagi. Family aku sanggup tunggu aku sampai habis praktikal semata-mata nak pergi berjalan-jalan. Parents aku berniaga, aku pulak kerja ikut waktu pejabat. Aku public holidays cuti, mh parents busy sebab ramai customer dekat food court Sunway. 

Actually rancang bulan 12 lagi nak pegi terengganu, tapi dah aku susah nak cuti sebab yelah, aku pun kena ikut jugak procedure UiTM. Tak boleh nak cuti sesuka hati melainkan ada emergency ke.. Pastu dengan MUET lagi. Haha. Teringat lagi pegi ambik muet dengan nisa. Nisa just teman aku, sebab aku mana lah tawu area Bayan Lepas. 

Nak ambik MuET pun aku kenalah prepared awal. Nanti kang, masuk dewan terkejut berukla pulak. Dah landaftar dekat sana sebab area Seberang Perai dah penuh. Hmm. Kesian kann. Awal-awal pagi lagi aku dah kena  keluar awal takut sampai lambat pulak dengan sekolah tu. 

Habis je presentation untuk report praktikal, terus hoereyyyy. Haha. Happy sangat. Rasa ringan kepala. Sekarang ni qada balik movie, korean drama, malay drama yang aku ngidam nak tengok dulu. Haha.


Ok, bye 💁

Short holiday.

Assalammualaikum u all. Serius rindu nak update blog. Dah lama sangat aku tinggalkan aktiviti ni. Masa sekolah dulu, blog ni lah kawan aku, peneman setiap masa. Tak jemu pun. Sejak sambung belajar dekat UiTM terus hilang mood nak blogging. Mana taknya, hidup aku berubah jugak lah. Tak macam dulu time sekolah. Hehe. Even ada masa free pun aku tak update. I dont why. Hehe. So semalam aku tengok blog, Mira Filzah. Terus terasa nak blogging balik. Hahah. Btw, makin banyak social media like insta, tumblr, twitter, wechat and etc blog sudah diabaikan. Dulu blog lah yang jadi tempat luahan aku. Haha. 

16 Mac hari aku dengan family pergi bercuti dekat Kapas Island. Serius tidak nyesal pilih tempat ni. Actually banyak je pulau cantik2. Tapi kami pilih Terengganu memandangkan aku dengan family aku tak penah lagi jejak lagi negeri yang penuh dengan seni reka bercirikan Islamik. Okay, tu saja yang aku rasa nak taip. Hahah. Cerita pasal short trip holiday ni aku akan sambung nanti eh. 😉

             See, air dia jernih sangat 😁

24 March 2016

Settled for last semester

Finally, i done with my internship at Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd for 18 weeks started from 2 November 2015 till 4 March 2016. And then completed my report on 18 March and sumbit to my lecturer. Today on 24 March  last task which is I have to present about my internship. Alhamdulillah, finally I finished my diploma. Well done. Hope this semester i might get dean list 😊